Nama Jalan Bukit Fettes sudah begitu popular dalam kalangan penduduk di Pulau Pinang. Kawasan berbukit yang dikenali dengan nama Bukit Salbiah itu juga laluan alternatif menghubungkan Tanjung Tokong ke Batu Ferringhi. Menurut orang lama di sekitar kawasan berkenaan, kisah misteri di kawasan jalan berbukit itu bermula sejak 1980-an lagi. Ia dikatakan adanya hubungan kait dengan kisah penemuan mayat wanita bernama Salbiah. Sekitar 1960-an hingga 90-an,jalan di situ masih lagi sunyi kerana tiada pembinaan pangsa dan sebagainya. Jadi orang tempatan memang tidak berani melalui Jalan Kolam Air kerana ada kawasan tadahan yang kini diselenggara Perbadanan Bekalan Aur Pulau Pinang (PBAPP). Sehingga kini pelbagai kisah pelik dapat didengari daripada pengguna laluan itu namun tidak dapat disahkan dan ia terus menjadi misteri.
YOU ARE READING
BEHIND YOU!!!!!!
HorrorKoleksi creepypasta.Kebanyakkannya chapter ini berdasarkan pengalaman dari seseorang. Pembaca memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk membaca cerita ini. Sebelum baca lihat disekeliling anda takut ada yang memerhatikan anda.😈