Perempuan bersama 3 anak
"Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu,saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dri Seremban."Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.
"Hinggalah pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.
Perasaan ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu. Takkanlah,jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu tu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu. "Kata Shahrudin Abd Halim.
Orang usung keranda
"Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus. Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Pernah diganggu lampu kereta tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi."Bila dikacau saya teruskan perjalanan macam biasa. Dan ternampak pula sekumpulan orang mengusung keranda. Saya lega bila lihat ada orang ramai.
"Perasaan takut mula hilang. Namun bila tiba puncak, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan baharulah saya tersedar,mungkin apa yang saya lihat bukan orng sebenar ." Kata Mashitah Idris.
YOU ARE READING
BEHIND YOU!!!!!!
HorrorKoleksi creepypasta.Kebanyakkannya chapter ini berdasarkan pengalaman dari seseorang. Pembaca memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk membaca cerita ini. Sebelum baca lihat disekeliling anda takut ada yang memerhatikan anda.😈