Hi admin,saya nak kongsikan pengalaman saya. Maaf,kalau cerita sata tak seram macam cerita yang lain. Pengalaman ni berlaku dua tahun yang lalu. Masa saya tengah mengandungkan anak pertama. Gangguan bermula sejak kandungan saya masuk bulan ketiga. Saya ni suri rumah sepenuh masa dan pengemar dengar radio singapore RIA 89.7 FM "misteri jam 12"iaitu cerita-cerita seram yang dikongsi DJKC tapat pada pukul 12am-2am. Suami saya pula bekerja shift,jadi selalunya saya akan duduk sorang di rumah pada waktu malam. Begini,ada satu malam tu saya rasa macam tak sedap hati sangat tapi tak tahu kenape. Saya tengok jam 12.15am. jadi saya buka radio nak dengar cerita seram. Selepas 30minit tu,tiba-tiba saya terdengar bunyi suara perempuan menangis. Suaranya sayu sangat.Mula-mula saya fikir tu bunyi effect yang DJKC mainkan tapi bila DJKC putarkan lagu-lagu seperti Rock,masih lagi kedengaran bunyi perempuan menangis. Saya selalunya akan dengar melalui HP saya. Jadi saya buka earphone yang sumbat kat telinga sebab saya fokus nak cari mana suara tu datang tapi suara tu hilang. Saya sumbatkan lagi earphone ke telinga. Suara sayu tu muncul balik. Saya terus cepat-cepat cabut earphone dan kali ni saya betul-betul dengar dengan jelas suara perempuan menangis datang dari luar tingkap. Meremang habis bulu roma saya. Untuk pengetahuan semua,saya bukan nak riak tapi nak bagi semua bayangkan situasi saya. Rumah kami besar,2tingkat dan ada 5bilik,3bilik diatas 2bilik dibawah. Hanya saya dengan suami saja tinggal di dalam rumah tu. Tapi yang menghairankan,bilik master room kami diluarnya langsung tidak ada beranda atau tempat untuk seseorang berdiri. Hanya sekali itu saja saya terdengar suara perempuan menangis. Gangguan berlaku berterusan setiap hari. Saya pernah mendengar bunyi bayi menangis pukul 3am dibelakang rumah sedangkan belakang rumah kami adalah hutan. Gangguan paling teruk setiap kali tepat jam 12 am sampai 3am akan kedengaran orang ketuk ditingkap bilik saya. Macam yang saya cakap tadi,luar bilik saya langsung tiada tempat untuk orang berdiri tapi bunyi ketukan tu macam bunyi kuku yang panjang ketuk tingkap sambil cungkil tepi-tepi tingkap. Ia berlarutan setiap hari berturut-turut. Sampai saya dan suami tidak tahan dengan gangguan,kami ambil keputusan untuk tinggal bersama ibu buat sementara waktu. Bukan ape,saya jenis tidak suka susahkan ibu tapi oleh kerana gangguan makin teruk,kami terpaksa tinggal dengan ibu. Jadi persoalanya sampai sekarang,saya tertanya-tanya apakah benda yang berada diluar tingkap bilik saya?? Sekian itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Twrima kasih admin.
-TAMAT-
YOU ARE READING
BEHIND YOU!!!!!!
رعبKoleksi creepypasta.Kebanyakkannya chapter ini berdasarkan pengalaman dari seseorang. Pembaca memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk membaca cerita ini. Sebelum baca lihat disekeliling anda takut ada yang memerhatikan anda.😈