Aku pernah dikacau oleh hantu gula-gula atau dikenali sebagai pocong. Waktu tu aku baru berusia 12 tahun,aku balik ke kampung bersama keluarga aku dan kawan aku,Nabil.
Entah kenapa waktu itu aku mengajak kawan aku pergi memancing selepas waktu isyak.
Kami menunggu ikan datang memakan umpan kami. Tunggu punya tunggu tetiba aku terbau kapur barus tapi aku diam je manalah tahu aku tersalah bau.
Tak lama tu bau busuk gila-gila datang menerpa hidung aku. Waktu tu bau dia hanya tuhan je tahu. Aku memandang muka kawan aku yang sudah mula pucat,menitis air peluh dia. Aku rasa tak sedap hati waktu tu.
"Weh nabil jom ah blah macam takde je ikan" saja aku beri alasan untuk kami beredar. Sewaktu aku bangun menghadap ke belakang...okay baru aku tahu kenape kawan aku kecut je tadi. Rupanya ada pocong dok belakang aku.
Aku hanya melihat sekilas dan mengajak kawan aku pergi dari situ. Kami tak lari dan kami buat macam biasa je. Mungkin sebab aku lelaki kut aku berani sikit...anak jantanlah katakan.
------
Dicerita semula berdasarkan pengalaman aiman
YOU ARE READING
BEHIND YOU!!!!!!
TerrorKoleksi creepypasta.Kebanyakkannya chapter ini berdasarkan pengalaman dari seseorang. Pembaca memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk membaca cerita ini. Sebelum baca lihat disekeliling anda takut ada yang memerhatikan anda.😈