Terletak di Tasik Teshuilo berdekatan dengan Mexico City,pulau ini dikatakan lokasi paling menyeramkan di Mexico.
Sebaik sahaja kaki menjejak ke pulau ini, pengunjung disambut dengan ratusan anak patung yang usang dan suasana yang menakutkan. Hampir seluruh pulau kecil mempunyai anak patung digantung di pokok dan wayar berkarat. Keadaan anak patung yang usang akibat terlalu lama terdedah dengan cuaca dan menjadi sarang labah-labah serta serangga cukup menggerunkan.
Penduduk di daerah itu percaya pulau itu berhantu selepas seorang budak perempuan mati di lokasi berkenaan kira-kira 50 tahun lalu. Mayat kanak-kanak itu dijumpai seorang lelaki, Julian Santana Barrera yang tinggal seorang diri di pulau berkenaan
Barrera mendakwa mayat budak itu dijumpai hanyut di terusan bersama anak patungnya. Sejak itu, Barrera diganggu dengan jeritan dan bayangan kanak-kanak berkenaan yang berjalan di hutan.
Kerana tidak tahan dengan gangguan itu, Barrera menggantung anak patung milik mangsa di pokok sebagai menghormatinya. Barrera kemudian menggantung ratusan anak patung lagi untuk mententeramkan roh kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu terus tinggal seorang diri di pulau terpencil berkenaan sehingga dia dijumpai mati secara misteri pada 2011.
Mayat Barrera dijumpai terapung di terusan yang sama dia menemui mayat budak perempuan itu. Sehingga kini, penduduk dan pengunjung yang melawat pulau itu mendakwa masih mendengar suara orang menjerit.
Wajah Don Julian Satana Barrera penjaga dan bertanggungjawab menjaga pulau itu.
YOU ARE READING
BEHIND YOU!!!!!!
HororKoleksi creepypasta.Kebanyakkannya chapter ini berdasarkan pengalaman dari seseorang. Pembaca memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk membaca cerita ini. Sebelum baca lihat disekeliling anda takut ada yang memerhatikan anda.😈