Nama Okiku diambil sempena nama seorang kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan anak patung dan berpakaian kimono dan mempunyai rambut yang lebat persis ciri-ciri yang ada pada anak patung tersebut.
Seorang permuda yang bernama Eichiki Suzuki telah membeli patung itu di Sapporo untuk adiknya yang menyambut hari jadi ke dua tahun yang bernama Okiku Suzuki.
Tapi sayang, Okiku meninggal kerana demam pada usia tiga tahun. Kemudian pada saat pengebumiannya. Keluarga okiku ingin meletakkan patung kegemarannya ke dalam kerandanya tetapi keluarga okiku telah terlupa untuk meletakkan patung kesayangannya kedalam keranda. Keluarga okiku kemudiannya meletakkan patung tersebut di altar rumah dan berdoa kepada patung tersebut setiap hari sebagai memperingati anak perempuan kesayangan keluarga itu.
Tidak beberapa lama kemudian, mereka melihat rambut patung tersebut mulai tumbuh.
Keluarga Suzuki telah berpindah ke Shakalin. Patung okiku akhirnya diletakkan di kuil Mannenji di Hokkaido. Menurut sami di kuil yang menjaga patung itu dia mengesahkan rambut patung okiku itu terus memanjang seperti rambut manusia. Walaupun dipotong tapi rambutnya tetap tumbuh. Menurut sami kuil itu patung okiku itu pada awalnya mempunyai rambut yang dipotong pendek. Tetapi ia terus bertambah sehingga sekitar 25 sentimeter hingga ke lutut.
YOU ARE READING
BEHIND YOU!!!!!!
HorrorKoleksi creepypasta.Kebanyakkannya chapter ini berdasarkan pengalaman dari seseorang. Pembaca memerlukan tahap keberanian yang tinggi untuk membaca cerita ini. Sebelum baca lihat disekeliling anda takut ada yang memerhatikan anda.😈