Rasmi perperangan

5 0 2
                                        

Setelah tamat perhimpunan dengan ikrar sekolah, Zara segera pergi ke bilik disiplin. Bilik yang paling digeruni. Hanya pelajar yang bersalah sahaja yang perlu ke bilik itu.

Segera Zara memberi salam. Salam dijawab oleh satu suara yang sangat dikenali. Suara Cikgu Ramli. Setelah dibenarkan masuk, Zara didenda 3 kali rotan kerana memarahi rakan adalah seperti membuli. Setelah diizinkan keluar, Zara tanpa maaf segera menuju ke kelas. Matanya berair.

Sampai di pintu. Kaku seluruh kelas. Senyap seperti di tanah perkuburan. Terutamanya Aisya dan Qaisara. "Qaisara!" Zara memanggil. Qaisara segera bangun.

"Ada apa?" Soal Qaisara. "Kau kejam bukan? Berani kau melapor pada Cikgu Ramli!" Tempik Zara. "Eh, kau yang membuli Aisya. Memaksa itu ini! Hei! Sya bukan bibik awak!" Zara menjawab. "Boleh tak awak jangan sibuk hal saya dan hal awak sendiri?" Zara segera berdiri. Berkerut dahinya. "Bila saya meganggu? Awak ingat saya sengaja menjatuhkan awak? Awak ingat saya sempurna tiada dosa?" Saya tidak sengaja!" Qaisara memberitahu.

"Peduli apa saya sesuci mana pun awak? Tolong jangan kacau saya dan Sya itu sahaja permintaanya." Zara menjawab ringkas. "Zara, dengar sini. Aisya mahu berkawan dengan saya. Tak akan saya mahu menolak?" Qaisara masuk ke dalam. "Qaisara! Perperangan baru bermula!" Jerit Zara. Qaisara hanya tersenyum.

Geng Hot mula kecoh.

Erisa: Wah! Cik Qaisara yang kaya pun ada kasarnya juga ya!
Nurul: Yalah! Tidak kurangnya juga Zara!
Fatin: Hmm.. lebih bagus jika diviralkan! Nampaknya! Kita perlu cari Puteri nanti!

Qaisara: Hai, Geng Hot!
Fatin: Hai Qaisara! Jadi, apa cerita awak bergaduh dengan Zara? (Memegang buku catatan)
Qaisara: Ya, inilah saya hendak beritahu. Tolong jangan viralkan dan jangan terlalu jaga tepi kain orang. Kelak ada yang malu, maruah terjatuh.

Qaisara segera berlalu. Geng Hot senyap sepi. Mungkin sentap. Aisya segera datang ke arah Qaisara. "Apa awak beritahu Geng Hot?" Qaisara pun menceritakan segala apa yang berlaku.

Aisya pun mula bertanya. "Qaisara, awak pernah bertemu Zara?" Soalan itu membuatkan Qaisara mengeluh. "Ya. Tentu sekali. Pada waktu saya berumur 9 tahun. Ayah kami bersahabat. Tetapi, kami tidak semenjak dia mencari gaduh dengan saya. Sehingga kini." Qaisara mengeluh. Aisya pun memalingkan ke belakang sambil tersenyum penuh misteri.. Apa yang berlaku kepada Aisya?

Dendam SahabatCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang