Kali ini, Zara membalas juga 2 sabotaj sekali seperti Qaisara! Kemudian, pulang dengan senyum seperti kera!
Keesokan harinya, dua-dua diam. Mungkin berehat. Kemudian, Aisya pun menulis sesuatu di atas kertas. Apa yang Aisya pendam selama ini?
Kemudian, Aisya pun melipat dua dengan kemas dan memasukkan ke dalam sampul. Ada dua semuanya. Kemudian, Aleyah, rakan Aisya bertanya. "Hah! Surat apa itu Sya? Surat cinta ya?" Aisya pun tersenyum. "Ish! Saya mana ada boyfriend. Itu semua imaginasi awak sahaja. Surat ini untuk.. err! Untuk abang saya!" Aisya memberi alasan tetapi gugup.
"Mengapa awak gugup?" Soal Aleyah. "Erp! Saya sejuk!" Aisya pun terus mengambil sampul itu dan menyimpannya. Kemudian, waktu rehat pun tiba. Aisya meletakkan surat itu ke dalam meja Zara dan Qaisara. Surat apa agaknya?
Selepas rehat, Zara membacanya. Qaisara masih tidak muncul-muncul. Mungkin menolong Cikgu Risqi. Kerana Cikgu Risqi memanggilnya. Makin lama, makin berkerut muka Zara.
Hai Cik Zara yang Diva!
Berani awak mengotorkan buku latihan saya yang istimewa ini dengan telur. Hmm! Awak memang pengecut!
Dan awak meletakkan kotak pensil eksklusif ini ke dalam tong sampah? Tolonglah! Tangan awak yang jijik itu menyentuh kotak pensil saya itu lebih jijik! Jijik dari tong sampah!
Tolonglah! Apa masalah awak sebenarnya? Jangan berlagak diva please! Jangan jadi keanak-anakan!
Yang paling cantik!
Qaisara♡Zara terus membuang kertas itu di dalam poket dengan muka muncung. Kemudian, Qaisara pula yang masuk. Zara menjeling maut. Tetapi Qaisara tidak endah.
Kemudian, Qaisara pun terlihat ada sesuatu di bawah meja barunya. Meja ditukar kerana telur itu. Qaisara pun membacanya.
Hai Cik Gedik Qaisara!
Sampai hati awak menipu saya dengan Raihanna untuk mensabotaj saya!
Oh, please! Walhal boleh sahaja dia buat pada waktu pulang! Nampak sangat gelojoh! Pasti makan pun tumpah. Kasihan ibu yang asyik bersihkan.
Tolong jadi matang! Jangan jadi budak. Awak ini nampak sahaja 12 tahun tapi macam 4!
Dari Zara yang menawan♡
ZaraQaisara pun memasamkan juga mukanya. Kemudian, Aisya tersenyum senang!
Pada waktu pulang, Qaisara juga bertemu Zara. "Hei perempuan tidak guna! Berani awak mengata saya dengan surat ini ya!" Zara mula berkata.
"Hei! Awak yang menghantar surat laser pedas ini! Saya tidak hantar pun!" Qaisara juga membalas.
Kemudian Zara pula berkerut. "Eh! Bukan saya! Tidak!" Tiba-tiba mereka bertanya serentak. "Jadi, siapa?" Segera Zara dan Qaisara mengeluarkan kertas masing-masing.
"Hmm, apa yang saya lihat ini bukan kertas tulisan kita." Zara memberitahu. "Ya! Mari kita kaji." Eh! Berbaik pula? "Hmm, penulis surat ini tahu apa yang kita sabotaj. Tetapi siapa?" Zara bertanya lagi.
"Bukan saya! Hari ini saya tidak melakukan apa-apa.. tetapi, yang hanya saya beritahu adalah..." Qaisara mula mahu mencari jawapan.
"AISYA!" jerit kedua-duanya. "Awak beritahu Sya?" Tanya Zara. "Ya. Adakah awak juga?" Qaisara bertanya. "Jadi.. ini semua kerja.." Zara mula mahu berbaik.
"AISYA!"
YOU ARE READING
Dendam Sahabat
Historia CortaQaisara seorang pelajar baru di Sekolah Sri Cahaya. Tetapi, tanpa disangka pada hari pertama sudah ada musuh! Kisah tragedi terlanggar seorang pelajar yang bernama Zara. Setelah diisytiharkan perperangan! Aisya, sahabat baik Zara yang telah sekian l...