Kali ini, Qaisara seperti manusia yang paling gembira di dalam dunia. Terkinja-kinja seperti monyet. Haish!
Zara pula terus sahaja mengambil telur di kantin, kemudian terus sahaja mengambil buku latihan Qaisara yang ditinggalkan di atas meja termasuk pelajar lain untuk Zara hantar ke bilik guru pada waktu pulang.
Zara pun memecahkan telur itu di atas buku latihan Qaisara. Kemudian, Zara terus meletakkan di belakang sekali kemudian diletakkan di bawah meja Qaisara dan terus pulang.
Keesokan harinya, Qaisara berbau busuk di bawah mejanya. Tetapi malas mahu melayan, Qaisara pun duduk sahaja di dalam kelas. Kemudian, Hannah pun memanggil untuk menolongnya menghantar surat apa entah. Walhal itu rancangan Zara!
Segera Zara mengambil alat tulis Zara iaitu kotak pensel dan membuang di dalam tong sampah. Segera menyorokkan dengan kertas. Mujur tiada guru!
Apabila Qaisara masuk, berkerut dahinya. Sudahlah masa Sains selepas ini, tidak boleh bercakap!
Cikgu Shina pun masuk sambil mrmbimbit buku latihan. Kemudian, Cikgu Shina pun sentiasa menyebut nama pelajar yang tidak menghantar buku latihan. "Qaisara! Kamu seorang yang tidak menghantar buku latihan! Mengapa?" Berkerut dahi Qaisara. Kemudian, seera diintai bau telur di bawahnya.
Terkejut benar dibuatnya Qaisara apabila melihat telur yang berlendir di atas buku latihan Sainsnya! Kemudian, diambil buku latihan spare di dalam beg kemudian berjanji akan menyalin semula latihan lain seperti Zara.
Kemudian, Qaisara pun berbisik kepada Mariam, rakan di sebelahnya. "Mar, pinjam pensel." Mariam pun hanya memberikan dengan perasaan senang. "Qaisara! Apa yang dibualkan lagi?" Qaisara tercengang kemudian mengiling-iling.
Baru dia tahu yang kotak pensel nya di dalam tong sampah. Qayyum yang menjumpanya apabila mahu mencari penggorek pensel yang terjatuh sewaktu sedang menggorek. Tapi jumpa nya waktu pulang. Memang nasib!
Aisya yang melihat kejadian itu tersenyum. Kemudian ketawa! Apa yang Aisya yang pendiam ini berfikir pada Zara dan Qaisara? Hmm.. diharapkan anda terus setia membaca buku ini ya! Jangan curang-curang!

ANDA SEDANG MEMBACA
Dendam Sahabat
Short StoryQaisara seorang pelajar baru di Sekolah Sri Cahaya. Tetapi, tanpa disangka pada hari pertama sudah ada musuh! Kisah tragedi terlanggar seorang pelajar yang bernama Zara. Setelah diisytiharkan perperangan! Aisya, sahabat baik Zara yang telah sekian l...