Pagi itu, Zara datang lambat. Kemudian, sewaktu masuk ke kelas, Zara mengerling ke arah beg merah jambu jenama Bellara. Kemudian, Zara meletakkan 'objek' itu ke dalam beg itu dan terus berlari menuju ke dewan.
Qaisara melihat ke arah Zara dengan perasaan musykil. Kemudian, perasaan itu cuba dilupakan. Zara pula sudah ketawa terbahak-bahak! Menanti Qaisara menjerit sahaja!
Tamatnya perhimpunan, Qaisara membuka beg. Kemudian, Qaisara terus menutup hidungnya dan terus menjerit! "Arghh!" Apa yang sudah berlaku agaknya?
Yi Leen, sekelas dengan Qaisara segera pergi ke arahnya. "Apa yang berlaku?" Selepas itu, Yi Leen terus berbau busuk. Qaisara menangis dan menunjukkan ke arah begnya. "Aip? Gulai ayam yang sudah basi di atas beg Qaisara?!" Yi Leen juga sudah menjerit. Ameer, ketua kelas segera mencari Cikgu Wati, iaitu guru subjek sekarang.
Zara yang mendengar jeritan Qaisara itu ketawa terbahak-bahak. Kemudian, Zara sedikit kecut perut apabila Qaisara menjeling ke arahnya. Nanti diberitahu cikgu.. habislah!
Cikgu Wati pun masuk ke dalam kelas dan menuju ke arah Qaisara. "Apa yang telah berlaku?" Qaisara masih menangis. Jawapan Qaisara itu sangat mendebarkan Zara. "Huhu.. bekal saya semalam! Tidak ingat mahu dibawa ke kantin, dan tertumpah. Gulai itu sudah basi. Dan tertumpah!" Berapa kali agaknya Qaisara mahu mengulangi perkataan tertumpah?
Cikgu Wati mengiling-ilingkan kepalanya. "Itulah! Hah, basuh beg ini di tandas dan jemurkan di koridor. Esok datang ambil semula ataupun keringkan di rumah. Cikgu Wati pun berlalu. "Hah! Ameer dan Zara! Ikut Cikgu sebentar!" Cikgu Wati memanggil. Kecut perut Zara kembali. Adakah Qaisara memberitahu Ameer?
Dalam perjalanan mengikut Cikgu Wati, Zara bertanya,"Ameer, ada Qaisara beritahu sesuatu pada awak?" Ameer berkerut. "Beritahu apa?" Zara pun mula lega. Ameer ini jujur orangnya. Zara percaya pada Ameer. "Tidak ada apa-apa. Mengapa kita dipanggil?" Ameer pun menjawab,"Kita perlu ambil kehadiran, awak tahap 2, saya tahap 1. Zara mengangguk. Hatinya lega.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dendam Sahabat
KurzgeschichtenQaisara seorang pelajar baru di Sekolah Sri Cahaya. Tetapi, tanpa disangka pada hari pertama sudah ada musuh! Kisah tragedi terlanggar seorang pelajar yang bernama Zara. Setelah diisytiharkan perperangan! Aisya, sahabat baik Zara yang telah sekian l...