SABOTAJ!

7 0 0
                                        

Qaisara pulang sambil memikul beg galasnya yang basah lencun. Sampai di hadapan pintu, Bibik Suyanti segera menyoal,"Ya Allah! Cik Qaisara? Mengapa beg ini teruk sebegini rupa?" Qaisara menjawab lewa,"Ah, saya terjatuh tadi. Beg terlepas ke dalam longkang saya pula tidak jatuh. Bibik, ambil beg ini, dan buang!" Qaisara menuju ke biliknya. Manakala Bibik Suyanti menjalankan tugasnya.

Terus ke bilik, Zara pun mengambil sesuatu dan meletakkannya di dalam plastik. Dan terus ambil lagi!

Zara pulang dengan perasaan ceria! Pembalasan yang hebat! Sabotaj berjaya! Zara menghempaskan diri ke atas katil. Kemudian, diambil telifon pintar jenama Oppo dan dibuka.

*Rihanna Alysia*
Hai, saya Hana. Saya ada hal mahu bincang sama awak.

"Aip? Siapa pula si Raihanna ini?" Zara pun membalas.

Zara Batrisyia
Erm, apa yang mahu dibincangkan?

*Rihanna Alysia*
Saya ini pelajar senior. Mahu jumpa awak di perpustakaan waktu rehat nanti.

Zara Batrisyia
Err.. esok?

*Rihanna Alysia*
Ya! Tidak datang esok.. siaplah! Anak Dato' siapa kisah? Come On! This is Hana. Ingat tu!

Zara Batrisyia
Erp! Okay! Okay!

Qaisara ketawa terbahak-bahak. Qaisara lah orangnya! Cuma tukar nama! Zara pula takut tergigil-gigil.

Keesokan harinya, Zara datang awal seperti biasa. Qaisara pun meletakkan satu persatu objek itu ke dalam kotak pensel. Plastik itu segera dibuang ke dalam tong sampah. Qaisara pun menuju ke dewan dengan muka biasa.

Waktu Matematik, Zara hampir terjerit tetapi memandangkan Cikgu Ramli sedang mengajar, dipendam di dalam hati. Kotak pensilnya dipenihi coklat getah! Habis melekit-lekit. Qaisara tersenyum.

Waktu rehat, Zara pun pergi ke perpustakaan seperti yang disuruh. Qaisara pula mengambil buku kerja Sains dan meletakkannya di celah buku Bahasa Melayu milik Syahara, rakannya juga di kelas ini.

Syahara juga dikenali sebagai 'kaki tiru'. Zara yang datang ke perpustakaan. Terkebil-kebil jadinya. Bagaimaha mahu mengenali si Rihanna? Segera menuju ke kaunter dan bertanya pengawas bertugas.

"Zara? Mahu masuk perpustakaan? Saya tulis nama ya!" Shima, pengawas bertugas segera bertanya mesra.

"Shima! Nanti dahulu, sebelum saya masuk, saya mahu tanya, ada ke pelajar bernama Rihanna mendaftar ke sini?" Zara bertanya.

"Hmm.. siapa Rihanna?" Berkerut dahi Shima.

"Hah! Tiada?" Zara juga terkejut.

"Hmm, dengar sini, Zara! Mungkin tersilap orang, atau rakan awak si Rihanna itu Sekolah lain. Mana tahu? MQ?" Shima memberi cadangan.

"Hmm! Tidak mungkin Rihanna bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mahligai Quasa!" Zara pun berundur tanpa mengucapkan terima kasih.

5 minit, waktu rehat pun telah tamat.

Zara yang berlapar segera datang ke kelas. Dengan muka penuh murung.

"Mengapa Zara?" Soal Aisya. "Nothing." Zara malas banyak cerita, hanya monyok sahaja mukanya. Kemudian, baru dia tahu yang dia ditipu Qaisara! Apabila fikir secara rasional!

"Dasar! Qaisara.. nantilah engkau!"
Waktu subjek Sains, Cikgu Shina pun masuk. Cikgu Shina juga diantara Cikgu Tergarang di Sri Cahaya.

"Baik! Hantar buku Sains sekarang!" Zara yang mencari buku Sains nya yang tiada, mula memucat. Syahara sudah bersepakat dengan Qaisara supaya tidak memberi atau mengaku buku latihan itu ada padanya.

"Siapa yang tidak ada buku latihan, bawa kerusi dan berdiri di luar. Nanti kamu akan didenda rotan!

Zara terus bangun sambil mengheret kerusi. Hari yang malang..

Dendam SahabatCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang