Pada waktu pulang, Zara terus menghempaskan dirinya ke atas katil. Aku perlu lakukan sesuatu! "Qaisara! Nahas engkau!" Segera diambil kertas A4 dan melapiknya dengan buku latihan. Kemudian duduk di atas katil sambil mencari pen di dalam kotak pensel.
"Zara! Kamu sudah mandi?" Kedengaran suara Datin Wafiah. Kemudian, pintu dibuka dengan perlahan-lahan. "Tidak lagi mama!" Zara kekal menulis tajuk sambil menghias tajuk nya itu. Nampak sangat tiada idea!
"Pergi mandi cepat! Kita perlu pergi ke kenduri Aunty Zah sebentar lagi!" Desak Datin Wafiah. 'Aduh! Malasnya mahu pergi.' Dengan langkah longlai kaki melangkah menuju ke bilik mandi. "Ish kamu ini! Tidak padan anak dara bersikap begini." Datin Wafiah terus berlalu.
Zara menyarungkan baju kurung berwarna hijau. Menyarungkan tudung berwarna hitam. Tudung apa lagi? Zara kan BawalUser! Pastilah Bawal AidiJuma!
Terus turun mengambil kasut tinggi berwarna hitam juga. Zara turun dengan muka hampa. Bagaimana dengan sabotajnya?
Setelah sampai, Zara dengan acuh tidak acuh bersalaman dengan rakan Datin Wafiah. Zara pun berjalan dan tiba-tiba ada susuk yang dikenali! Qaisara! Qaisara juga memandang Zara dengan penuh dendam.
Qaisara segera bangun menuju ke arah Zara. Mihun dibiarkan mereput di atas meja. "Zara apa awak buat di sini?" Zara pun menjawab "Eh? Kenduri mak awak kah? Orang jemput datanglah!" Zara pun membuat muka angkuh. "Oh," Air yang dipegang Qaisara pun tertumpah.
Bukan tumpah di sebarang tempat! Tumpah di atas baju Zara! Dengan ketawa ayu, Qaisara berkata,"Ops! Maaf ya tidak sengaja!" Qaisara segera berlalu menuju ke meja makannya yang dikelilingi oleh keluarganya. "Argh! B*doh!" Zara mengibas-ngibas bajunya yang basah lencun.
"Mengapa ini?" Soal Datin Wafiah dengan terkejut. "Tidak ada apa-apa. Saya tertumpah air." Zara bohong. Malas mahu melibatkan ibu dan bapanya. Baginya, ini hal dia. 'Nanti kau, Qaisara!' Bisik hati kecil Zara. Segera Zara meminta diri ke kereta. Nampaknya, dia tidak menyertai kenduri itu dan hanya di kereta.
Dalam minda, Zara memikirkan pembalasan untuk perbuatan Qaisara. Segera diambil buku "Note Book" iaitu buku nota untuk mencatat sesuatu di dalam kereta.
"Ahah! Mujur mama sediakan note book!" Zara terus mengambil buku nota itu di dashboard. Kemudian di ambil pen yang diselit.
"Esok, pasti kau menyesal Qaisara!" Zara pun duduk sahaja di dalam kereta. 2 minit berfikir, Datin Wafiah pun masuk. "Eh? Sebentarnya Mama pergi." Berkerut dahi Zara. "Ish! Nanti kamu juga yang tidak selesa. Melekit sebegini rupa! Siapa suruh gelojoh dan tidak berhati-hati." Datin Wafiah terus menggerakkan kereta Vios Hitam menuju ke Villa Rose.
"Hmm.. yalah! Saya salah! Saya tidak sengaja!" Zara mengaku. Kemudian Zara terus masuk ke dalam rumah. Dia mahu berendam di dalam tab mandi.
Dalam masa yang sama, Qaisara juga memikirkan hal yang sama untuk keesokan hari.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dendam Sahabat
Cerita PendekQaisara seorang pelajar baru di Sekolah Sri Cahaya. Tetapi, tanpa disangka pada hari pertama sudah ada musuh! Kisah tragedi terlanggar seorang pelajar yang bernama Zara. Setelah diisytiharkan perperangan! Aisya, sahabat baik Zara yang telah sekian l...