Semua pelajar tahun 6 berdebar seperti mahu tercabut jantung pada hari itu termasuk juga Zara, Aisya dan Qaisara.
"Zara Batrisyia Binti Dato' Syah yang mendapat 6A! Tahniah diucapkan!" Pengacara yang menyebut keputusan itu kelihatan gembira. Zara juga terkejut! Benarkah? Alhamdulillah..
Setelah gembira mengambil sijil, nama Qaisara pula dipanggil. "Nur Qaisara Binti Tan Sri Mansor yang mendapat 6A juga!" Qaisara menitiskan air mata. Aisya sahaja yang masih berdebar.
3 nama orang lain, kini.. nama Aisya pula yang diumumkan. "Aisya Irdina Binti Aziz yang juga mendapat 6A!" Aisya melompat girang menuju ke pentas.
Setelah mendapat keputusan dan berpelukan dengan ibu-bapa, mereka bertiga juga sedih kerana terpaksa berpisah. Zara di Johor, Qaisara di England bersama atuk dan neneknya dan Aisya di Kelantan.
Kemudian, mereka berpelukan. Semua menangis. "Tahniah diucapkan kepada semua sahabat saya!" Zara mengelap air mata. Yang lain juga mengucapkan tahniah. "Ingat! Biar jauh di mata dekat di hati." Qaisara mengingatkan.
Kemudian, ada sesi bergambar buat pelajar tahun 6 dan pelajar yang berjaya mendapat 6A bersama guru-guru.
~TAMAT~
ANDA SEDANG MEMBACA
Dendam Sahabat
Short StoryQaisara seorang pelajar baru di Sekolah Sri Cahaya. Tetapi, tanpa disangka pada hari pertama sudah ada musuh! Kisah tragedi terlanggar seorang pelajar yang bernama Zara. Setelah diisytiharkan perperangan! Aisya, sahabat baik Zara yang telah sekian l...
