Siasatan SARA

6 0 0
                                        

Qaisara dan Zara sudah berbaik dan bermaaf-maafan. Itu membuatkan Aisya pelik dan keliru.

Kemudian, Aisya pun memanggil Zara. Zara dan Qaisara telah berbincang semalam untuk melihat reaksi Aisya.

Zara: Ada apa Sya?
Sya: Awak sudah berbaik dengan Si Durjana itu?
Zara: Well, kami rasa surat itu bukan kami yang tulis. Tetapi, orang lain yang tulis. Jadi, kami mula berbaik dan mengakui kesalahan masing-masing.
Sya: Awak ini! Awak rasa siapa sahaia yang tahu awak berua saling sabotaj? Tak mungkin saya!
Zara: Hihi.. kami sudah tahu.

Zara pun berlalu. Aisya kini sudah pucat lesi mukanya. Kemudian, Zara keluar. Qaisara pula datang kepada Aisya. "Sya, we need to talk. Now!" Kemudian, Aisya bertanya,"Di..Di mana?" Qaisara pun berkata tegas. "Di luar kelas!"

"Baiklah! Geng SARA sudah temui jawapan siapa dalang untuk menjadi batu api ini!" Zara pun memberitahu. "Sa..Sara? Geng Sara?" Aisya gugup. "QaiSAra dan ZaRA" Qaisara menerangkan.

"Baiklah, setelah kami mengkaji tulisan awak di dalam buku latihan memang sama! Secetak!" Qaisara memberitahu lagi.

"Jadi, boleh kami tahu sebab apa awak menjadi dalang ini?" Zara menyambung. Aisya menunduk.

"Okay! Saya cemburu dengan awak berdua! Saya silap! Saya.. saya mahu tinggi darjat seperti awak berdua.. popular!" Aisya menerangkan.

"Sya, setinggi mana pun darjat di muka bumi ini, Allah tidak pandang! Bagi Allah, semuanya hanya manusia!" Qaisara memberi teguran.

"Benar! Baiklah, kami masih mampu memberi peluang jika awak mahu meminta maaf." Zara memberi peluang.

"Su.. Sudah tentu! Qaisara..Zara.. maafkan saya! Saya yang silap! Maafkan saya!" Aisya meminta maaf. "Saya berjanji tidak akan melakukan hal ini lagi!" Aisya menangis sambil berjanji.

"Janganlah keterlaluan begini! Nanti Cikgu ingat kami membuli!" Qaisara berbisik. "Ya! Kami sudi memaafkan! Sudahlah!" Zara memberi tangan. Aisya memegang tangan Zara untuk bangun.

Dendam SahabatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang