Assalamualaikum readers sekalian. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
Tajuk tarbiyah saya pada hari ini ialah upgrade. Maksud upgrade ni ialah naik taraf. Selalunya bila dengar perkataan upgrade ni,kebanyakannya bangunan lah yang selalu dinaik taraf. Tapi,tepuk dada tanya iman korang. Pernah tak korang try nak upgrade ibadah korang? 🤔
Kita ni selalu solat. Tapi,khusyuk ke idok? Ke solat laju macam rumah dah nak kena bom atom? Haih! Umat akhir zaman.
Kita ni perlu upgrade iman,ibadah,akhlak kita semua. Supaya kita sentiasa diredhai Allah. Kalau solat tak khusyuk,ada cara nak khusyukkannya. Yaitu faham maksud apa yang korang baca tu. Insha Allah. Menjadi punya. Cuba,cuba dan terus mencuba untuk khusyukkan solat tu. Jangan putus asa,k!
Author doakan kita akan berpimpin tangan untuk masuk ke dalam syurga yang indahnya tiada tolok banding. Nak masuk syurga jangan masuk sorang. Oklah itu sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum .
ANDA SEDANG MEMBACA
Islam Quotes
EspiritualIni ialah coretan tarbiah saya untuk ➡️awak. Harap baca📚,faham dan amalkan ye.😊😊😊 Beautiful cover by : @pinktory
