Sentiasa

346 28 0
                                        

Assalamualaikum semua! So, harini tak nak cakap banyak kita terus kepada point kita pada hari ini.

Dalam hidup kita ni, author nak pesan tolonglah sentiasa doa untuk kekekalan iman dan kekuatan iman. Kenapa?

Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Tengok sekarang pun berapa ramai keluar daripada islam. Kita ni lemah. Ditambah pula dengan akhir zaman. Nanti Si Dajjal tu pula sibuk-sibuk nak keluar.

Adakah iman kita ni setinggi langit? Sudah tentu tidak. Sebab tu sentiasa mohon pada Allah untuk kuatkan iman, kekalkan iman kita walau apa pun yang terjadi. Supaya satu hari nanti, kita mati dalam keadaan kita ni beriman pada Allah.

Ambil serius hal ni. Sebab syaitan takkan pernah putus asa menyesatkan kita. So, kita pun jangan pernah putus asa untuk beramal dan buat baik walaupun kita ada masa silam yang jahat tahap infiniti. Kerana Allah mengampunkan semua dosa kita jika kita benar-benar bertaubat. Syukran. Wallahualam.

Islam QuotesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang