Sajak Of Kosong

224 28 0
                                        

Aku bersandar di dinding,
Hatiku merasa resah,
Segalanya bagai tidak kena.

Entah kenapa aku merasa kosong,
Kosong yang teramat,
Teramat dalam.

Aku solat,ikut semua perintah Allah,
Tapi kenapa aku merasa kosong?,
Apa yang tidak kena?,
Di manakah silapku?

Aku cuba mengorek memori,
Dalam aku memikirkannya,
Tertanya-tanya aku apakah jawapannya.

Aku tersentak,
Mungkinkah kerana,
Kerana tiada keikhlasan dalam beribadah,
Yang mendorong rasa kosong dan serba tidak kena.

Aku mula memahami,
Selama ini,
Aku solat bukan kerana Allah,
Tapi kerana suruhan ibu bapa,
Kerana takut akan pandangan serong masyarakat,
Kerana hanya mahu menyelesaikan amanah.

Aku tidak pernah terfikir,
Untuk mendalami solat,
Untuk lebih khusyuk,
Untuk lebih awal berada di atas sejadah.

Yang aku tahu,
Cuma solat secepat mungkin,
Bagaikan ayam yang sedang mematuk.

Patutlah aku merasa kosong,
Patutlah aku merasa jauh dari Allah,
Ini penyebabnya,
Penyebab yang susah disedari.

Selalu aku berangan mahu mendapatkan hati sang pujaan,
Padahal hubungan aku dengan Allah tidak baik.

Melaung-laung aku sebut nama si crush,
Namun tiada nama tuhan yang terpacul keluar.

Sanggup berusaha mencantikkan diri,
Namun tidak pernah berusaha memperbaiki ibadah.

Inikah aku?

[Dedicated to everyone ]

Islam QuotesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang