Aisyah: Weh,Laila. Kau tahu tak yang Nabilah tu dah berubah?
Laila: Tau. Kenapa kau tanya soalan cam ni? *sambil mengangkat mukanya dari sebuah majalah islamik
Aisyah: Alah..Kau macam tak tau yang dulu Nabilah tu jahat macam mana. Jahat dia macam setan tau. Setan pun tak jahat macam tu. *kutuk campur air liur terkeluar dari mulut
Laila:Aisyah. Kenapa kau cakap macam tu? Nabilah tu nak berubah tau. Kalau dia dengar benda ni,dah tentu dia kecik hati.
Aisyah: Biar dia dengar. Baru padan muka dia. Hati dah lah busuk lepas tu nak berlagak alim pulak. Nak kan populariti lah tu.
Laila:Ya Allah,Aisyah. Tak baik lah kau tuduh dia nak berubah sebab nak populariti. Kau mana tau hati dia. Hidayah. Hidayah tu boleh hadir dekat mana-mana hati apabila Allah hadirkannya. Jadi,tak payah lah kau bersangka buruk dengan Nabilah tu. Mana tau dia boleh jadi lebih baik dari kita. Kita ni perlu lah muhasabah diri kita. Entah semua amalan kita ni diterima Allah ke tak kalau kita ni dengki dan asyik dok umpat n kutuk owang sana sini je. Aku tegur ni bukan sebab nak hina kau. Tapi,aku nak tegur kau supaya kau lebih muhasabah dan baiki diri kau ke arah yang lebih baik. Bukan kau je. Aku pun kena gak baiki diri aku.
Aisyah: Sudahlah,ustazah. Malas aku nak dengar kau bebel macam mak nenek. Macam aku tak tau yang kau dulu free hair. Lepastu,gila laki. Daripada aku layan kau,baik aku pergi blah dulu sebelum aku bukak aib kau satu persatu kat owang lain termasuk MAK BAPAK KAU! *terus berjalan pergi dari situ
(:):):):):):)):))::):):):):):)):):):):):)):)):)):)
Assalamualaikum pembaca setia catatan kerdil ni! Hah,macam dah lama kan author tak hantar apa-apa. Ye lah. Bila dah masuk smk,kerja sekolah tu setiap hari ada. Penat dia pulak,tak usah dicakap. Memang penat. So,untuk kali ni. Author cari kelainan sikit untuk dakwah iaitu dengan buat dialog pendek.
So,apa yang author nak sampaikan dalam dialog pendek di atas ialah kita ni janganlah bersangka buruk dengan orang lain. Macam contoh kita nampak someone ni tak solat. Lepastu,kita terus judge dia yang dia ni memang jenis tak solat. Padahal,dia tak boleh solat.
Ok. Kedua,kita ni janganlah down ⬇️kan semangat orang lain untuk berubah ke arah ➡️yang lebih baik. Macam Nabilah dalam cerita ni. Dulu,dia memang lah jahat but now dia nak berubah. So,sepatutnya Aisyah tak patut merendah-rendahkan Nabilah N Aisyah perlu lah menyokong Nabilah untuk berubah. Bukannya dengan cara mengeji,mengumpat dan mengutuk orang.
Ketiga,bila orang tegur kita,patutnya kita kena hadam baik-baik dan baiki diri kita. Bukannya cari salah orang lain pulak. Ok? Ada pehem?
Kesimpulannya,jauhkanlah diri kita dari buat perkara-perkara keji ni. Seseorang yang baik hatinya,maka bukankah akhlak,perilaku dan juga tutur katanya yang baik-baik saja?
So,author secara rasminya mengajak korang berbuat kebaikan dan meninggalkan larangan Allah SWT. Moga korang terus istiqamah 💪🏻di jalan Allah. Dan moga juga kita bertemu di jannah nanti. Assalamualaikum.
P/S:Maaf andai tersilap kata atau terlukakan hati ❤️saudara atau saudari sekalian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Islam Quotes
EspiritualIni ialah coretan tarbiah saya untuk ➡️awak. Harap baca📚,faham dan amalkan ye.😊😊😊 Beautiful cover by : @pinktory
