Islam.
Such a beautiful religion. Dari segi atau sudut mana pun, Islam memang agama yang hebat. Kita sendiri tahu, kita sendiri lihat.
Banggalah dengan agama yang kita anut ni. Hargailah agama yang kita anut ni. Sebab apa?
Tahu tak betapa mahalnya agama ni masuk dalam hati kita? Kita tahu dulu Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam bagaimana. Betapa susahnya. Betapa peritnya. Berkorban harta dan nyawa.
Sebab berdakwahlah akhirnya Islam sampai pada pengetahuan kita. Kita ni senang dah dapat title Islam sebab ayah dan ibu kita Islam. Tapi, cuba tengok masa zaman Rasulullah. Apa yang jadi kalau masuk Islam?
Diseksa, dah pasti. Ingat lagi pada Bilal bin Rabah yang dihempap dengan batu? Kita. Tak lalu lagi semua ni. Tapi, apa yang jadi?
Tak pandai bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yang Allah dah beri. Surat beranak, ic je agama tulis Islam. Tapi, sebenarnya solat macam nak tak nak je. Berat je badan tu nak bangun pergi solat. Mencarut pun. Dah macam benda normal dalam masyarakat.
"Eh. Aku ni mulut je macam jahat, dalam aku baik tau"
Hahah. Hahah. Hahah. Mana ada orang baik mulut dia selalu mencarut. Kalau dalam baik, luar pun mesti baik. Dan lagi satu. Orang baik mengaku ke diri dia baik?
Sebab tu. Usahalah nak berubah, nak jadi orang yang lebih baik. Kita ni tak sempurna. Dosa tu kalau sehari tak buat memang tak sah. Pokok pangkalnya, kita tak terlepas dari buat dosa.
Tapi, kita boleh usaha kan untuk tinggalkan dosa. Jadi, usahalah. Kita ni dah beruntung tau. Allah dah pilih kita jadi Islam. Bukan Islam je tau. Jadi, umat Rasulullah lagi. Maka, hargailah agama ini. Susah payah orang dulu nak masuk Islam. Pertahankan Islam. Berdakwah semua. Lagi satu, jangan lupa. Jangan lupa untuk sentiasa muhasabah diri. Perbaiki diri. Berubah. Banyakkan amalan. In Shaa Allah bahagia dunia dan akhirat. Amin.
-------------------------
Dalam Surah Az-Zumar ayat 53:
Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

ANDA SEDANG MEMBACA
Islam Quotes
SpiritualIni ialah coretan tarbiah saya untuk ➡️awak. Harap baca📚,faham dan amalkan ye.😊😊😊 Beautiful cover by : @pinktory