Jika ada buat salah dengan sesiapa,cepat-cepatlah mohon maaf. Selesaikan masalah tu. Jangan tunggu Hari Raya. Umur tak tahu sampai bila. Jangan nanti kat padang Mahsyar terangkak-rangkak cari siapa yang kau pernah buat dosa dengan dia .
Dan kalau ada orang buat dosa dengan kita,maafkan je lah. Sedangkan Allah ampunkan dosa makhluk-Nya,takkan lah kita tak boleh. Sebelum tidur, maafkan semua orang dan tidurlah dengan hati yang bersih.Jika orang minta maaf dengan kita,maafkanlah walau kita tahu permohonan maaf kepada kita itu tidak ikhlas. Jangan kita kata"Aku tak nak maafkan kau sampai bebila.Padan muka kau nanti terangkak -rangkak cari aku'. Nak tahu tak kalau kita tak maafkan dia,lambatlah urus kemasukan kita ke syurga sebab tunggu dia cari kita. Sebab masih ada masalah belum diselesaikan.
Jadi mohon maaf dan maafkanlah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.