Aku tersentak,
Sakit di dada tidak mampu kutahan lagi,
Pedih,perit,
Hanya itu yang mampu aku rasakan tatkala ini.
Kucuba cari di mana puncanya,
Lalu di depan cermin aku berdiri,
Terlihat setompok cecair merah pekat,
Membasahi di sekeliling kawasan dadaku.
Ku tertanya-tanya,
Adakah ia datang dari hatiku?,
Hati yang kini berdarah,
Kerana maksiat yang dilakukan saban hari,
Kerana fikirkan duniawi sahaja sentiasa,
Kerana langsung tidak punya masa untuk Tuhan,
Adakah ia kerana itu?
Aku tertunduk,
Aku sudah terlambat,
Hatiku sudah berdarah,
Tak mungkin ia boleh kembali seperti sediakala lagi.
Aku merintih,
Andai boleh kuputarkan masa,
Tidak mahu lagi aku lalai,
Dibuai godaan dunia dan syaitan.
Oh...ya,
Aku tidak boleh berputus asa,
Andai syaitan tidak berputus asa menyesatkanku,
Mengapa aku mahu berputus asa untuk kembali kepada Allah?
Hati ini masih boleh dirawat,
Ia berdarah ,bukan keras dan hitam lagi,
Aku perlu mencari penawarnya,
Ya, dengan banyak beramal dan bertaubat.
~Dedicated to all the sinners. May Allah help and give you the strength to be a better person everyday~
ANDA SEDANG MEMBACA
Islam Quotes
روحانياتIni ialah coretan tarbiah saya untuk ➡️awak. Harap baca📚,faham dan amalkan ye.😊😊😊 Beautiful cover by : @pinktory
