Bye Bye Idoli

6.4K 140 72
                                    

Fang membuka matanya sedikit. Pertama sekali yang dia nampak adalah kipas siling sedang berputar dengan lajunya. Badan dia diselaputi selimut bercorakkan Hello Kitty. Cermin mata dia ada di tepi katilnya. Fang boleh dengar sebuah lagu kegemaran Faye yang telah dipasangkan dari luar biliknya. Dia pandang ke arah pintunya yang terbuka sedikit. Selepas itu, dia ternampak sebuah bayang-bayang di hadapan pintu bilik itu. Bayangan itu bukanlah dari kuasa bayang dia tetapi bayang-bayang itu adalah abang dia sendiri iaitu Kapten Kaizo. Fang tersenyum kecil melihat abangnya masuk ke dalam bilik dia dengan semangkuk bubur lobak merah. Dia mengambil cermin matanya dan terus pakai. Fang tidak begitu sihat pada hari ini kerana dia demam panas

"Kau sudah bangun" tanya Kaizo dengan nada yang agak rendah

"Adik baru bangun" Fang bangunkan sedikit dirinya. Kaizo terus hulurkan mangkuk itu kepada adiknya "Abang suapkan untuk adik boleh?"

"Isk kau ni.. nak suruh abang suapkan pulak. Suaplah sendiri"

"Hmm... kalau abang suapkan untuk adik, mesti adik berselera. Lagipun adik cemburu tengok kawan-kawan adik"

"Cemburu sebab apa?" tanya Kaizo. Dia duduk di tepi katil adiknya

"Cemburu sebab... masa adik melawat Ying dengan kawan-kawan adik, ibu dia siap suapkan untuk dia. Mereka nampak manja sangat"

"Jadi, kau nak aku jadi macam ibu ke?" tanya Kaizo

"Hehehee.. kalau tak boleh, takpelah. Adik buat sendiri"

"Tak perlu.." Kaizo hulurkan sudu itu ke arah mulut adiknya "Biar abang suapkan kau. Sudah besar panjang, masih lagi nak bermanja"

Fang hanya tersenyum sambil makan bubur lobak merah itu. Kaizo tidak begitu kisah sangat kerana dia sayangkan adiknya. Dia mahu adiknya kelihatan gembira dan terutama sekali apabila adik dia sebutkan tentang ibu bapa mereka. Dia tidak begitu suka kalau adiknya kelihatan sedih kerana rindukan ibu bapa mereka. Dia akan berusaha untuk gembirakan hati adiknya seperti melepaskan rindu mereka dengan menonton video-video simpanan mereka yang lama itu

"Abang.."

"Hmm.. kau nak apa?" tanya Kaizo

"Abang tak nak cerita ke tentang hubungan abang dengan kak Lynna"

"Apasal kau nak tahu sangat"

"Sebab adik kenalah tahu! Adik kan adik kepada Kapten Kaizo.. hehehee.."

"Itu kau tidak perlu tahu" kata Kaizo sambil suap ke dalam mulut adiknya "Hubungan abang dengan kak Lynna adalah urusan kami berdua sahaja. Kau tidak perlu fikirkan sangat"

"Yelah.." bisik Fang. Dia lap mulutnya dengan lengan bajunya "Rizu tak datang hari ni?"

"Tak, dia cakap dia pergi mengaji dengan kawan kau si Yaya tu"

"Ohh.. Idoli pula?"

"Dia tengah sepahkan bilik dia" balas Kaizo "Orang suruh kemas, dia pergi sepahkan"

"Hehehe.. budak-budak" Fang tergelak di atas katilnya "Nanti abang ada anak, macam tu juga nanti. Orang suruh kemas, dia pergi kemas main-main. Lepas tu abang suruh kak Lynna kemaskan dan abang pula, goyang kaki aje"

"Jangan nak mengarut"

"Adik bergurau aje. Abang janganlah serius sangat"

"Yelah yelah.. abang tak terlampau serius sangatlah" Kaizo hulurkan sudunya di bibir Fang. Mulut Fang mula buka sedikit dan dia makan bubur itu "Kalau nak tahu apa hubungan abang dengan kak Lynna.. hubungan kami adalah kawan baik tapi lebih daripada itu"

"Hehehe.. dah agak dah" Fang tersenyum lebar di situ. Ada sedikit nasi melekat di bibir dia "Tahniah abang! LEPAS NI ABANG AKAN MELAMAR KAK LYNNA!" Lalu Kaizo ketuk kepala adiknya dengan mangkuk bubur itu

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang