Misi Kejutan

1.7K 91 15
                                    

Kaizo terjaga dari tidurnya kerana ada satu jeritan yang sudah membuat bising pada pagi itu. Dia kenal suara siapakah yang membuat bising di luar rumahnya. Dia keluar dari katil itu untuk mengajar budak itu kerana menjerit sesuka hati di rumah orang. Kaizo terus ke pintu biliknya dan lalu dia buka. Dia melihat adiknya sudah bergegas untuk pergi membuka pintu rumah mereka. Jadi dia hanya berdiri di balkoni rumah untuk melihat apa yang berlaku nanti. Adakah adik dia akan mengamuk di pagi hari atau sebaliknya

"BBB-CHAN! LILY DATANG NI!"

Pintu rumah itu dibuka dengan ganas oleh Fang sendiri. Lily terus berhenti menjerit apabila dia nampak wajah kemarahan dari Fang. Lalu dia tersengih di situ

"Selamat pagi, landak! BBB-CHAN ada dekat sini tak?"

"BBB-CHAN kau sudah balik KL. Ibu dan ayah dia ada dekat KL" jawab Fang dengan nada serius dia "Sekarang, kau boleh balik"

"Errr.. Faye ada tak? Hehehee"

"Faye balik planet dia" jawab Fang dengan nada malas pula kali ini "Ada apa-apa lagi soalan?"

"Ada! Bella ada tak?"

"Bella pergi holiday, Yaya balik kampung dengan keluarga dia. Ying pergi holiday juga. Gopal... aku tak pasti dia pergi mana"

"Gopal ada dekat rumah. Tadi Lily singgah rumah dia sekejap sebab nak cari Boboiboy tapi dia takde pulak. Gopal cakap, jangan ganggu dia hari ni sebab dia nak habiskan game terbaru dia" kata Lily sambil mengangguk kepalanya "Rizu pun takde juga ke?"

"Rizu pergi KL, dia ikut mak dia" balas Fang "Sekarang, aku nak tutup pintu ni dan kau boleh balik rumah. Kacau orang tidur betul!"

"Ala landak... Lily takde kawanlah macam ni"

"Ada aku kisah.." Fang mula hendak menutup pintu rumahnya. Wajah Lily mula berubah menjadi sedih dan ianya boleh dilihat dia sedang cuba menagih simpati dari Fang "Wei, kau pergi ajelah jalan-jalan dengan Mimiko ke.. atau si Momoki ke"

"MOMOKI? HANTU MOMOK TU! ADIK BERADIK MOPIKO TU?!" Lily menolak pintu rumah Fang dan terus sorok di belakang kawan dia

"Apahal kau ni?" Fang menoleh kebelakang "Aku sebut nama dia, terus kau panik.. kalau aku sebut nama Boboiboy.."

"MANA BOBOIBOY?" Lily berlari keluar dari rumah itu sambil mencari Boboiboy "Takde pun dia! Landak mempermainkan hati dan perasaan ku!"

"Malas aku nak melayan kau" bisik Fang

Dia terus menghempas tutup pintu tersebut dan pada waktu yang sama, nama dia telah dipanggil oleh seseorang. Suara itu agak garang

"PANG!"

Fang terkejut. Dia seperti dapat rasakan jantung dia terhenti seketika. Lalu dia pusing kebelakang dan mula melihat wajah abangnya yang sentiasa serius itu. Tangan abangnya sudah pun bersilang. Fang fikirkan yang abang dia mahu bincangkan tentang sesuatu atau membuli dia atapun menyuruh dia membuat sarapan pagi

"Abang nak apa?" tanya Fang dengan nada kemalasan dia

"Yang kau pergi tutup pintu tu kenapa?"

"Aik, abang nak jemput si pelik tu masuk ke?"

"Bukan" jawab Kaizo. Muka dia masih lagi serius "Aku cuma nak kau pergi keluar bermain dengan kawan kau. Jangan nak duduk rumah sahaja. Kau nak jadi pemalas ke?"

"Eh, tak nak.. adik tak nak jadi pemalas macam si Gopal tu. Asyik dengan video game dia, 24 jam sehari"

"Bagus"

Fang tidak berkata apa lagi, dia terus ke dapur untuk menyiapkan sesuatu. Kaizo membuka pintu rumah dia semula. Lalu dia mengangkat kening sebelah apabila dia terlihat Lily sedang memanjat sepohon pokok. Di tangan kanan dia ada sepasang teropong. Kaizo hanya gelengkan kepala. Dia tidak tahu kenapa sikap Lily sebegitu dan kenapa adik dia boleh berkawan dengan Lily? Adakah ini kesilapan Boboiboy mempunyai seorang kawan yang berperangai pelik? Tetapi dia harus akui, kesemua rakan-rakan adik dia tergolong daripada pelbagai sikap. Dia tidak akan menghalang pergaulan adiknya dengan mereka. Dia juga harus menasihati adiknya supaya memilih kawan yang betul dan juga ikhlas. Bukan berkawan dengan orang yang suka tikam belakang sahaja

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang