Kuasa

1K 64 15
                                    

Kaizo melirik matanya ke sebelah kanan sofa yang dia sedang duduk itu. Adik dia tiba-tiba sahaja sibukkan diri untuk menyiasat tentang virus itu. Fang begitu rajin sekali membaca data-data yang terpapar di skrin laptop yang ada di atas meja ruang tamu. Lalu Kaizo tepuk kepala adiknya kerana sibuk dengan urusan dia

"ABANG!"

"Kau ni.. apasal tiba-tiba nak sibuk dekat sini? Selalunya, kau biarkan sahaja abang buat kerja abang" kata Kaizo dengan nada seriusnya

"Sebab adik nak ajar si virus tu! SANGGUP DIA CULIK RIZU! LEPAS TU DIA PERGI UBAHSUAIKAN TUBUH BADAN RIZU!"

"Dia ubahsuaikan si Rizu tu?" Fang angguk kepalanya kepada abang dia "Apa yang dia telah lakukan?"

"Hmmm.." Fang sandarkan dirinya di kerusi sofa itu "Tadi.. masa adik bawa Rizu ke makmal Emmy untuk periksa Rizu. Apa yang kita orang dapat, sebahagian tubuh badan Rizu seperti ada besi, teknologi yang dia tak kenali dan penyakit jantung dia, terus takde. Kita orang semua mula risau kalau virus tu ada di dalam tubuh badan Rizu tapi Emmy periksa semula, virus tu takde. Adik rasa pelik, kenapa dia buat begitu dekat Rizu? Apa motif dia? Apa yang dia nak?"

"Abang pun tak tahu" Kaizo tutup laptop itu "Tapi kita tidak boleh biarkan Rizu bersendirian. Jangan bagi virus itu cuba kawal badan Rizu"

"Adik tahu" balas Fang. Mata dia ternampak beberapa helaian kertas bahasa english di tepi laptop "Abang.. abang sudah siap ke habis tanda markas kertas english kita orang?"

"Belum.. abang sibuk sangat tentang si virus ni, sampai terlupa nak tanda kertas korang"

"Kalau macam tu! BIAR ADIK YANG TANDAKAN.. heheheee"

"Jangan harap!" marah Kaizo "Biar abang sahaja yang tandakan" Dia ternampak nama adiknya salah satu kertas essay itu "Hah! Ini pun kertas kau.. abang bagi D terus!"

"D?! ABANG NI! MAIN-MAIN PULAK!" marah Fang balik kepada abangnya "Abang tak baca pun apa yang adik tulis, lepas tu sesuka hati nak bagi adik D.. ini tidak adil!"

"Dah tu, kau yang pergi lari keluar dari kelas apasal?"

"Sebab adik tahu, kalau abang yang ajar, mesti tahap sadis. Tiada belas kasihan langsung!" kata Fang dengan nada sinisnya "Tengok macam adik, walaupun adik ni panas baran, suka mengamuk tetapi adik tidaklah bersikap begitu sadis sangat macam abang!"

"APA KAU CAKAP!" Tangan Kaizo sudah gatal untuk sekeh kepala adiknya "Kalau kau hebat sangat, kau pergilah tanda kertas kawan-kawan kau"

"Elok juga tu! Sebab adikkan bijak daripada yang biasa.. hehehee"

"Bijaklah sangat" bisik Kaizo

Fang terus kumpulkan kertas-kertas essay rakan sekelas dia. Lalu dia mencari dua nama yang terpapar di dalam pemikirannya iaitu Boboiboy dan Gopal. Dia tersenyum sinis apabila dia sudah menjumpai dua nama itu. Lalu dia tergelak kecil di dalam hatinya. Kaizo perhatikan sahaja apa yang adik dia ingin lakukan. Fang sudah tersenyum sinis sambil mengangkat sebatang pen merah

"Hehehe.. kau Boboiboy, kau dapat D dan kau pula Gopal, asyik main game aje.. kau dapat E! HAHAHA- ADOI!" Kaizo berpuas hati dapat tepuk kepala adiknya "ABANG!"

"Kau pun sama aje!" marah Kaizo "Sudah! Pergi sibuk tempat lain pulak, jangan nak menyemak dekat sini. Pergi kacau orang lain"

"Nak kacau siapa... semuanya tengah sibuk" kata Fang sambil bersilang tangan

"Pergilah jaga si Rizu tu. Kata abang mithali" Kaizo cuba menyindir adiknya "Dia mesti tengah lapar tu, masakan untuk dia tapi jangan kacau dia tengah tidur dekat atas tu"

"Hmm.. yelah" balas Fang

"Abang Fang" Fang palingkan mukanya ke arah tangga rumah

"Eh.. Rizu tak tidur ke?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang