Rizu Hilang?

917 61 14
                                    

"Soalan pertama, apakah movie kegemaran Fang?"

Lily terus menekan butang loceng untuk menjawab soalan yang telah diberikan oleh Probe tadi. Die menekan butang itu berulang kali supaya Probe memilih dia untuk menjawab soalan tersebut. Kawan-kawan dia yang lain terpaksa berikan peluang kepada Lily. Probe terbang ke arah Lily yang masih menekan butangnya

"Yea cik Lily, apakah jawapannya?"

"LANDAK GORENG!" jawab Lily dengan penuh semangat

"WOI! Bila masa aku suka tengok movie landak goreng. Lagipun, wujud ke movie tu?" marah Fang

"Errr... tak wujud yea.. hehehehe" Lily garu-garu kepala dia sambil ketawa malu di situ "Ohhh! Baru teringat, landak goreng tu sebenarnya makanan kegemaran si landak"

Boboiboy dan Gopal menepuk dahi mereka sendiri. Yaya, Ying, Bella, Faye, Rizu dan Harraz hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Fang sudah berapi-api. Hati dia bagaikan hendak meletup dengan kemarahan dia sudah membuak-buak. Lily tersenyum lebar tanpa rasa bersalah

"Adeh.. jawapan cik Lily adalah SALAH!" kata Probe

"WHAT?!" Jerit Lily "Apa jawapan sebenarnya?"

"Jawapan sebenarnya adalah-"

"PROBE! SINI RUPANYA KAU! MAIN QUIZ PULAK DENGAN MUSUH-MUSUH AKU!" Adudu muncul di hadapan kedai Kokotiam Tok Aba. Muka dia bengis, kedua tangannya sudah mencekak pinggang dan dia masih lagi kelihatan pendek seperti biasa "Aku ketuk juga kepala besi kau tu!"

"Ala encik bos, saya ke sini sebab bosan duduk dekat markas kotak tu. Yelah, asyik kena tunggu idea baru dari encik bos untuk kalahkan Boboiboy"

"Kalau bosan tunggu, apasal kau bagi aje idea kau yang merapu tapi berguna kepada aku! Takdelah aku fikir sorang-sorang dekat markas kotak tu!"

"Sabar Adudu... sabar. Probe ni nak lepaskan perasaan bosan dia aje" kata Boboiboy sambil hulurkan cekodok kepada Adudu "Nah, makanlah.. bagi tenangkan hati yang tengah panas tu"

"Ermm.. boleh pulak kau berbaik dengan aku" Probe mengambil cekodok itu dari tangan Boboiboy dengan ganasnya

"Sebab kau tak serang aku, jadi aku berbaiklah.. hehehe" Boboiboy tersengih

"Tapi jangan terperdaya dengan dia ni, Boboiboy. Karang tak pasal-pasal dia serang kita secara mengejutkan"

"Betul kata kawan kau si Gopal tu tapi aku memang tak serang korang pun sebab tengah takde idea" Adudu makan cekodok itu. Selepas itu dia heret robot ungunya untuk pulang ke markas kotak "Jom Probe, aku nak sambung balik cari idea"

"Err.. tapi saya nak main dengan dia orang dulu"

"Takde tapi tapi.. kau kena tolong aku! Kalau tidak, aku cari robot baru nanti"

"Jangan encik bos! Saya akan sentiasa setia dengan encik bos kerana encik bos adalah alien kegemaran ku!" Adudu tersenyum lebar dengan kata-kata Probe tadi "Nanti saya buatkan makanan kegemaran encik bos yea.. hehehee"

"MASAKAN UNTUK LILY SEKALI!" Lily melambai-lambai ke arah mereka "Sekarang kita nak buat apa pulak?" Dia terus air minuman milik Boboiboy

"Adeh.. aku belum minum lagi, dia dah pergi minum" bisik Boboiboy sambil menepuk dahinya sendiri

"Hah! Apa kata kita pergi jalan-jalan dekat bandar" kata Yaya

"Aiyoo Yaya.. asyik jalan-jalan dekat sana, boleh bosan aku nanti maa.."

"Ala Ying, kita jalan-jalan dekat sana sambil selamatkan kucing-kucing yang mencari makanan dan tempat untuk lindungi diri dia dari mana-mana ancaman!"

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang