Rancangan Fang

864 66 17
                                    

"WEEEEEEEE!"

Fang baling segumpal kertas ke arah kepala Lily. Dia sudah bosan mendengar suara Lily yang sungguh nyaring itu. Pada ketika itu, Fang dan kawan-kawan dia berada di kedai Tok Aba. Mereka baru habis mengulang kaji di kedai itu. Lily menari-nari di hadapan kedai kerana akhirnya, dia dapat bersuka-ria dengan kawan-kawan dia. Berapa banyak gumpalan kertas yang dilempar oleh Fang, sang gadis itu tidak terdetik langsung untuk marah. Dia teruskan menari dan melompat-lompat di situ

"Kau memang takde kerja yea Fang, paling kertas dekat si Lily tu"

"Aku memang takde kerja pun" jawab Fang kepada Boboiboy "Jadi aku carilah benda untuk dibuat contohnya, paling kertas dekat si pelik tu"

"Daripada kau baling-baling kertas tu, baik kau makan ice cream chocolate. Lagi best!" kata Gopal. Lalu dia jilat sudu kecilnya "Sedapnya!"

"Tapi nak makan chocolate tu, janganlah berlebihan pula" nasihat Harraz yang ada di situ juga "Nak makan, makanlah tapi lebih elok makan makanan yang berkhasiat dan bagus untuk kesihatan kau. Otak kau pun rasa cergas"

Gopal terus rasa malu sedikit tetapi dia tidak nyatakan kepada Harraz. Dia hanya tersengih sahaja. Boboiboy tergelak sahaja. Kawan-kawan perempuan mereka sudah beredar dari kedai Tok Aba kecuali seorang. Yaya dan Ying hendak ke kedai buku. Manakala Bella pula, dia ada hal. Faye sudah pulang ke rumah kerana ada sesuatu yang dia ingin buat. Tinggal Lily sahaja yang ada di situ kerana dia ingin menatap muka comel Boboiboy

"Dengar tu Gopal. Jangan nak makan chocolate terlampau banyak sangat" tegur Tok Aba

"Hehehe.. jangan risau Tok Aba" kata Gopal "Amma saya sentiasa buat makanan sihat untuk saya!"

"Tapi kalau dekat luar, suka sangat beli junk food"

"Biasalah tu Boboiboy. Sudah menjadi kebiasaan aku" Gopal tersengih lagi

"Yang si Fang ni pula, dari tadi asyik baling kertas sahaja" Tok Aba terus mencekak pinggang "Fang, jangan nak cemarkan kedai Tok Aba ni. Kutip balik kertas-kertas tu nanti"

"Maaf atuk, adik saya tu memang macam tu" muncul Kaizo dengan cermin mata hitamnya "PANG! KENAPA KAU MENBAZIRKAN KERTAS-KERTAS TU! KUTIP BALIK SEBELUM AKU GUMPAL-GUMPALKAN KAU MACAM KERTAS TU!"

"ERK!

Terkejut Fang dengan suara garang abangnya. Lalu dia pergi kutip kertas-kertas tersebut satu per satu. Kaizo cukup puas hati kerana dapat tinggikan suara kepada adiknya. Dia berada di situ kerana dia sudah berjanji untuk menjadi cikgu kepada mereka semua sehinggalah peperiksaan akhir tahun tamat. Dia ingin memastikan mereka semua tidak bermain dan mengambil serius dengan peperiksaan ini. Lepas sahaja mereka habis peperiksaan, bolehlah dia benarkan mereka pergi bersuka-ria

"Abang Kaizo"

"Yea Boboiboy, kau nak apa?" Kaizo terus duduk di sebelah Gopal "Kau ada soalan yang sukar hendak di jawab ke?"

"Bu-kan" Boboiboy garu-garu kepalanya sambil tersengih "Abang Kaizo pakai cermin mata ni, nak pergi mana? Abang Kaizo nak pergi dating dengan kak Lynna yea"

"Bila masa aku nak pergi dating. Aku ada temu janji dekat bandar tu" jawab Kaizo

"Abang Kaizo dah break dengan kak Lynna ke?" Gopal terkejut sedikit pada ketika itu "ABANG KAIZO JUMPA ORANG BARU?!"

Terus Kaizo berikan jelingan maut dia kepada Gopal. Mata Gopal pandang ke tempat lain sebab tidak sanggup melihat jelingan itu. Ianya sangat menakutkan

"Wei, bila masa abang aku dan kak Lynna break up. Dia orang ok lagi tapi..." Fang melihat abang dia dari atas hingga ke bawah "HAH! ABANG MAIN KAYU TIGA YEA!"

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang