Rumah Perangkap

1.3K 75 23
                                    

"HAI! Saya pelajar baru.. NAMA SAYA ADALAH IDOLI dan idola saya adalah KAPTEN KAIZO!"

Itulah ayat yang asyik diulang oleh Idoli setiap kali dia bertemu dengan pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia akan berjabat dengan mereka, tidak kira pelajar lelaki ataupun perempuan. Naik pening Kaizo melihat Idoli yang sukar dikawal itu

"Saya pula Lily! Tapi saya tak sekolah dekat sini"

Lily si anak kecil pun ada di situ juga. Dia berada di sini kerana ingin melihat hari pertama Idoli masuk ke sekolah. Dia juga menyimpan hasrat untuk masuk ke sekolah di situ juga tetapi ibu dan ayah dia menghantar dia ke sebuah sekolah khas yang ada di dunia lain. Kaizo rasa lega sedikit apabila waktu tengahari nanti, hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah. Waktu persekolahan Idoli adalah petang, sama seperti Fang dan Faye. Bolehlah dia habiskan masa di kapal angkasa nanti. Lalu dia terfikir, mesti Rizu akan singgah ke rumah dia selepas sahaja dia pulang dari sekolah

"Takpelah, aku suruh dia pulang ke rumah terus ataupun duduk di rumah Emmy" bisik Kaizo

"Abang Kaizo cakap tentang apa?"

"Takde apa" balas Kaizo kepada Lily "Mari kita pulang.. si Idoli tu boleh jaga diri dia"

"Tapi.. tapi.. abang Kaizo tak nak pantau dia ke?"

"Tak perlu.. dia suka sangat pergi sekolah sampai diri aku dia lupakan" kata Kaizo sambil berkerut dahi "Mari kita balik"

"Abang Kaizo dan balik dah?" Idoli muncul di hadapan Kaizo

"Yea.. abang nak balik dah"

"Ok! Petang nanti jemput Idoli! BYE BYE!"

Idoli terus pergi berseronok dengan kawan baru dia. Idoli memang suka dengan suasana di sekitar sekolah itu. Pelbagai ragam pelajar yang dia jumpa. Ada yang duduk diam di tepi padang sambil baca buku. Ada juga yang suka duduk beramai-ramai dan berborak sampai tidak endah dengan persekitaran mereka. Idoli bagaikan dia di dalam mimpi indah. Dia sudah janji dengan diri dia dang juga dengan keluarga dia, bahawa dia akan belajar rajin-rajin. Ayah dia pesan, belajar setakat mana yang dia mampu. Jangan terlalu paksa diri itu kerana dia tidak mahu melihat anaknya tertekan dan jangan malas. Dia hanya mahu melihat anaknya cemerlang dengan baik

"SIAPA NAK DENGAR IDOLI NYANYI?"

Ramai pula yang angkat tangan. Idoli menjadi bertambah suka

"Aduh.. budak kecik ni.." Kaizo tepuk dahinya sendiri "Apasal lah dia ni terlampau peramah sangat"

"Kasihan abang Kaizo.. Idoli tu suka berkawan. Lily pun suka berkawan tapi Lily lebih suka berkawan dengan makanan! Contohnya.. ICE CREAM TU!" Lily si anak kecil berlari keluar dari pintu pagar sekolah. Dia nampak seorang pak cik sedang menjual ice cream kepada pelajar-pelajar sekolah itu "PAK CIK! SAYA NAK ICE CREAM!"'

"Sorang lagi... yang tu peramah, yang ni pula, pemakan.. pening kepala aku" bisik Kaizo "Terpaksalah aku melayan budak itik ni sebelum aku suruh Lynna hantar dia balik. Boleh pening kepala aku" Dia mengurut dahinya sedikit

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebelah sekolah rendah pula, terdapat satu lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Pulau Rintis. Sekolah itu sama besar seperti sekolah rendah. Ianya luas dan terdapat beberapa bangunan yang dipenuhi dengan beberapa kelas. Fang kini berada di dalam perpustakaan sekolah kerana dia sudah lama tidak mengunjungi perpustakaan itu. Dia dapat belajar dengan tenang sekali kerana tiada gangguan daripada abang dia atau dari budak-budak kecil

"Fang.. psttt..."

Mata Fang melirik ke sebelah kiri. Dia tidak terkejut melihat Gopal berada di dalam perpustakaan. Ini pertama kali dia melihat Gopal berada di situ dengan sebuah buku latihan matematik

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang