Perlawanan Quidditch Lagi

1.2K 73 7
                                    

Rizu dan Fang berdiri di sebelah katil Kaizo sambil tersenyum sinis. Mereka berdua ketawa kecil di situ kerana ingin buat nakal terhadap Kaizo yang pada ketika itu sedang nyenyak tidur. Rizu perhatikan abang kesayangan dia sedang keluar sebuah wisel kecil dari poket seluarnya. Wisel itu terus di tiup oleh Fang sekuat-kuatnya tetapi Kaizo masih lagi tidur. Wajah dia tenang sahaja, seperti dia sedang bermimpi sesuatu yang indah

"Aik, pelik betul abang aku ni"

"Hmmm.. abang Paizo macam bertapa dalam tidur dia"

"Agaknya.. kalau abang buat begini, dia bangun ke tak" Fang terus kepit hidung abang dia tetapi Kaizo masih lagi tidur dengan nyenyaknya. Dia tidak lepaskan hidung abangnya selama beberapa saat "Hehehee..."

Masih lagi tidur. Fang dan Rizu rasa bosan pula kerana tidak dapat melihat Kaizo mengamuk. Fang terus lepaskan hidung abangnya dan dia terfikir untuk simbah air sejuk kepada abang dia

"Macam mana kalau abang aku masih tidur lagi walaupun sudah disimbah dengan air sejuk.. hmmm" bisik Fang

"Abang Fang, kita jangan kacau abang Paizo lah. Mungkin dia penat sangat tu" Rizu menarik-narik tangan abang kesayangan dia "Jom kita pergi ke kedai Tok Aba. Pizu nak makan ice cream dekat situ"

"Ok.. jom"

"Abang Fang belanja ok!"

Fang hanya berikan senyuman kecil dia kepada Rizu. Mereka berdua keluar dari bilik Kaizo secara senyap kerana tidak mahu Kaizo terjaga dari tidurnya. Selepas sahaja mereka melangkah keluar dari bilik itu, mata Kaizo tercelik sedikit. Dia tersenyum sinis kerana kenakalan mereka tadi tidak berjaya membuat diri dia mengamuk. Dia cukup berpuas hati dengan dirinya kerana dapat bertahan dari gangguan adiknya

"Siaplah kau nanti Pang" bisik Kaizo "Kau akan terima hukuman dari aku nanti.. hehehee"

Kaizo melihat jam dindingnya. Masih awal pagi lagi. Dia mahu sambung tidur tapi disebabkan diri dia sudah segar, dia terus bangun dan keluar dari katilnya. Fang dan Rizu sudah pun keluar dari rumah. Kini mereka dalam perjalanan ke kedai Tok Aba

"Bolehlah aku mengambil masa sedikit untuk ketenangan sebelum aku keluar"

Kaizo mengambil tuala mandinya dan terus masuk ke dalam bilik airnya. Akhir-akhir ini, dia tidak mendengar apa-apa berita dari Kommander Kokoci. Mungkin siasatan mereka belum lagi selesaikan. Sebelum dia dipanggil ke stesen TAPOPS, dia akan berehat secukup-cukupnya dan berlatih di kapal angkasa dia sendiri

---------------------------------------------------------------------------------------------

Fang dan Rizu sudah pun tiba di kedai Kokotiam Tok Aba. Mereka tidak terkejut dengan kehadiran seseorang tetapi mereka rasa sangat gembira kerana kawan lama mereka datang melawat di pulau ini. Zakwan baru tiba di Pulau Rintis malam semalam. Dia bermalam di rumah Harraz. Dia hanya dapat tinggal di sini beberapa hari sahaja kerana sekolah akan dibuka tidak lama lagi. Dia amat merindui kawan-kawannya yang tinggal di Pulau Rintis. Zakwan dan Harraz melambai-lambai ke arah mereka. Kawan-kawan mereka yang lain belum tiba di kedai itu lagi

"Ingatkan kau tak datang ke sini dah"

"Wei, aku mestilah nak datang ke sini sebab korang semua ada dekat sini" kata Zakwan kepada Fang "Oh yea, ibu aku ada buatkan kuih untuk kau. Bila aku cakap aku nak datang sini, terus dia buatkan kuih koci untuk kau"

"Wah, baik betul ibu kau" Fang terasa bangga di situ "Kuih tu semuanya untuk aku ke?"

"Amboi, tak nak kongsi dengan kita orang ke? Mentang-mentanglah kau anak emas kepada mak Zakwan tu" muncul Bella di sebelah Fang

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang