Taksub

1K 71 11
                                    

Lily tergelak seorang diri di dalam makmal Emmy. Dia begitu suka melihat seekor kucing alien bermain-main dengan Picu. Kucing alien itu bukanlah Idoli tetapi seekor bintang kucing yang bernama Cattus. Picu begitu seronok melompat-lompat di belakang badan Cattus. Kucing itu pula, berlari ke sana ke sini di sekitar makmal itu. Tiba-tiba Lily rasa sedikit mendung. Dia mendongak sedikit dan terkejut melihat wajah Fang yang begitu tegas itu

"Wei! Bila masa kau culik Picu dan Cattus tu?"

"Errr.. Lily ambik dari rumah landak tadi.. hehehehe.. kebetulan Lily nampak kucing Cattus ni tengah main dengan Picu. Lepas tu Lily bawa dia orang ke sini. Tapi... Lily tak nampak Idoli.. mana dia pergi?" Lily terus garu-garu kepala dia sebab gatal

"Idoli pergi ikut abang dia" balas Fang sambil bersilang tangan "Macam mana kau boleh masuk rumah aku?"

"Lorr.. itu pun landak tak tahu ke" Fang geleng kepalanya kepada Lily "Senang aje.. Faye bukakan pintu untuk Lily tapi... dia cakap dia nak pergi keluar makan dengan Gopal. Lepas tu Lily nampak dua ekor ni, terus Lily datang ke sini!"

"Oh, begitu ceritanya.. selamatlah abang aku tak tahu kau yang culik dua ekor ni"

"Abang Kaizo pergi dating.. hehee.. Lily nampak dia dan kak Lynna tengah berjalan dekat taman bunga" Tiba-tiba mata Lily bersinar-sinar sambil melihat dinding makmal itu "Lily dapat rasakan aura cinta mereka di situ. Agaknya, aura diantara Lily dan Boboiboy ku seperti mereka juga?"

"Perasan aje lebih" bisik Fang "PICU! CATTUS! JOM BALIK!"

"Meow meow meow meow"

"Cattus cakap.. dia tak nak balik, dia nak main dengan Picu dekat sini"

"Meow meow meow meow meow"

"Dia cakap apa lagi?" soal Fang

"Dia cakap.. landak balik rumah dulu, nanti si Cattus suruh katak pili hantar dia orang balik rumah" balas Lily sambil angguk kepala dia

"Hehehe.. bagus Cattus, panggil si pelik ni katak pili lagi" Fang ketawa kecil di situ "Korang mainlah.. aku nak balik rumah, nak kemas rumah, lepas tu terus ke sekolah!"

"Bukan hari ini hari sabtu ke?" Muncul Emmy dengan tangannya memegang sebuah dulang. Di atas dulang itu terdapat beberapa botol kecil dalam pelbagai warna "Abang Fely ada latihan sukan ke hari ni?"

"Ha ah, latihan bola keranjang"

"Ohhh.. Lily baru ingat, hari ni LILY ADA KELAS RENANG DEKAT SEKOLAH! ALAMAK!" Lily terus lari keluar dari makmal Emmy "KIRIM SALAM DEKAT BOBOIBOY NANTI! LILY AKAN KEMBALI LAGI!"

"Dasyatnya sekolah kakak Milly.. ada kolam renang lagi"

"Sekolah orang kaya kot" kata Fang "Emmy jaga Picu dan Cattus ni, abang Fely nak balik rumah dah. Lepas tu pergi sekolah. Mesti ramai peminat abang tengah tunggu dekat sekolah nanti.. hehehee"

"Meow meow meow" Cattus geleng kepala dia

"Apa kucing tu cakap?"

"Entahlah abang Fely" balas Emmy "Emmy tak pasti apa yang dia cakap tapi.." Dia mengusap dagunya sambil melihat Cattus dan Picu "Macam menarik aje kalau Emmy ciptakan ciptaan terbaru ni"

"Errr... abang pergi dulu yea.. Emmy pergilah cipta apa yang Emmy nak cipta"

"Ok abang Fely" Emmy terus abaikan Fang. Dia angkat Cattus sambil tersenyum lebar "Kita akan berseronok nanti!"

Fang menyusur keluar dari makmal itu. Hari Sabtu sepatutnya adalah hari untuk dia berehat tetapi dia perkara-perkara lain yang dia harus lakukan. Pertama sekali adalah mengemas rumah yang abang dia suka buat sepah. Kedua adalah latihan bola keranjang di sekolah dan yang ketiga, malam nanti dia ada latihan tempur di kapal angkasa. Dia dapatkan rasakan bahawa esok dia akan tidur sepanjang hari

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang