Virus

1.8K 83 25
                                    

Fang rasa bosan melihat kawan-kawan dia berkongsi kisah mereka pergi bercuti di luar negara ataupun di dalam negara. Dia melihat Bella sedang asyik menunjuk gambar-gambar sewaktu dia bercuti dengan keluarganya. Tok Aba mula perasan dengan riak wajah Fang yang berubah menjadi sedih dan sedikit cemburu. Lalu dia membuatkan Ice Chocolate Blended khas untuk Fang. Dia hanya mahu melihat Fang ceria bukannya sedih

"Wah.. lu punya holiday banyak best woo" kata Ying

"Memanglah best sebab aku dapat melihat stadium bola sepak iaitu Stadium Old Trafford! Hehehee..."

"Seronoknya" kata Yaya "Aku balik kampung aje tapi seronok sangat dapat jumpa atuk dan nenek aku. Paling best sekali apabila sepupu aku ada dekat sana juga"

"Kau holiday pergi mana, Ying?" tanya Boboiboy

"Aku pergi Sabah sahaja maa.. pergi tengok gunung Kinabalu" jawab Ying "Kau balik KL sahajakan?"

"Ha ah, sebab ibu bapa aku dah balik Malaysia. Jadi aku baliklah sebelum mereka pergi" Boboiboy melihat gambar Bella bersama keluarga dia berdiri di hadapan sebuah istana besar "Seronoknya kau dapat pergi melancong ke luar negara"

"Ala, satu hari nanti pun kau akan dapat pergi juga tapi... mana Faye?" Bella palingkan mukanya ke arah Fang "Dia belum balik lagi ke?"

"Belum" balas Fang

"Hmmm... bosanlah aku takde Faye"

"Ala Bella, Lily kan ada! Si landak pun ada untuk korang berdua bergaduh!" Bella senyum sedikit sambil memandang ke arah kawan baik dia iaitu Lily "Tapi.. bila agaknya Faye nak pulang ke sini"

"Dia cakap, dalam 2 3 hari nanti dia akan pulang ke sini"

"Oh... kau takde pergi kemana-mana ke Fang?"

"Hmm.. aku duduk sini ajelah, Boboiboy. Abang aku mana reti nak bawa aku pergi berjalan-jalan. Dia tahu latihan tempur, misi dan buli aku"

"Kasihan kamu. Nah, ambik air ni. Atuk bagi percuma" Tok Aba hulurkan satu bekas minuman kepada Fang

Fang mengambil air itu dengan seikhlas hati. Hati dia ceria sedikit tetapi ada juga yang rasa cemburu kerana Fang mendapat ice chocolate itu secara percuma. Orang itu adalah Gopal. Lalu dia cuba hendak berbaik kepada Tok Aba

"Saya pun takde pergi mana-mana juga, Tok Aba. Amma dan appa saya sibuk. Jadi saya terpaksalah meluangkan masa saya dekat rumah ajelah" Gopal cuba berkata dengan nada kesedihan dia "Saya setiap hari asyik main video game aje. Sudahlah semua video game saya sudah habis main. Nak beli game baru pun, saya takde duit"

"Nak air free lah tu" Gopal angguk kepala dia kepada Tok Aba "Hutang atuk bila nak bayar?"

"Err.. esok esok" Terus Gopal tersengih "Tapi... saya pun nak air chocolate percuma juga"

"Wei, kau ingat Tok Aba nak bagi ke" tegur Boboiboy dengan nada marah dia "Cubalah kau bayar hutang Tok Aba, senang kerja atuk nanti. Janganlah menyusahkan atuk aku sangat, Gopal"

"Dey, kau janganlah bagi aku ceramah macam si Yaya. Aku tak sanggup dah!"

"Kalau tak sanggup, baik kau bayar sebelum aku tambahkan ceramah si Boboiboy ni.. hehehehe" Fang tergelak sinis di situ "Seronok juga kalau aku pergi kenakan si Gopal ni tapi lagi seronok kalau aku kenakan si Boboiboy. Rindunya masa aku nakal-nakal, kenakan kawan aku sendiri"

"Haiyaaa... baik lu jangan buat apa-apa. Kalau tidak nanti lu juga kena buli dengan abang lu maa" tegur Ying

"Hmm.. kau nasihat dia pun, macam dia nak dengar cakap aje" Bella simpan gambar-gambar percutian dia di dalam sebuah kotak kecil "Tak pun kena bebel dengan si Yaya nanti"

Aku Abang, Kau Adik (Season 4)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang