" A-apa yang sa-ya nam-nampak ni? " Tergagap-gagap Eunee berkata.
Sungguh, apa yang dilihatnya sangat mengejutkan.
" Kenapa Eunee-shi? Ada yang mengganggu fikiran awak? " Soal Tuan Jeon dengan wajah yang kurang menyenangkan.
" I-ini ke, anak T-Tuan Jeon dan Puan J-Jeon yang dimaksudkan? "
" Ya! Inilah anak kami. Jeon Jungkook. Jungie sayang, sini salam dengan nanny baru kamu ni. Kamu kan anak lelaki omma yang baik? " Suara Puan Jeon dengan ceria sambil mengangkat anak lelakinya yang tadi berada di dukungan Tuan Jeon.
" HAHAHAHAHAA. " Gelak Eunee secara tiba-tiba. Kedengaran tidak ikhlas gelakannya.
" Kamu kenapa Eunee? " Tanya Puan Jeon dengan wajah berkerut.
" HAHAHAHAA. Tuan Jeon dan Puan Jeon tengah buat lawak k-kan? " Eunee menyambung gelakan tidak ikhlasnya.
Suasana tiba-tiba menjadi awkward dan tegang.
" Apa yang kamu merepek ni? Ini memang anak kami. Jeon Jungkook. " Suara Tuan Jeon dengan dingin sambil tangan mengusap kepala anak lelakinya yang berada di dukungan Puan Jeon.
Eunee terkedu. Badannya kaku dan matanya hanya memandang ke arah Jeon Jungkook.
" Tu-Tuan yakin ini anak tuan? Kerana, apa yang saya nampak hanyalah se-sepatung menyerupai budak lelaki yang kaku. Bukan seorang budak lelaki yang bernyawa. T-Tolong bagitahu saya y-yang ini hanyalah sekadar gu-gurauan? " Soal Eunee penuh berharap.
Mindanya kosong selepas apa yang dilihatnya sebentar tadi.
" Memang Jungie hanyalah sepatung yang menyerupai budak lelaki tetapi, roh anak kami terasa masih hidup. Walaupun jasadnya telah terbakar akibat daripada kemalangan yang lalu, tapi rohnya masih hidup kat dalam patung ini. Kami masih dapat merasai aura kehidupannya dan kami amat menyayangi patung ini ibarat anak kandung kami sendiri. Anak ini sangat berharga bagi kami. " Ujar Puan Jeon dengan sayu.
Segera dia memujuk anaknya yang dirasakan sedang kecewa dengan sikap Eunee.
Eunee's
Aku terkedu sekali lagi selepas mendengar pernyataan daripada Puan Jeon.
Mata aku hanya memerhati gerakan Puan Jeon ke atas patung berupa seorang budak lelaki tadi.
Banyak persoalan yang timbul di dalam minda aku kini.
Apa yang telah berlaku kepada keluarga Jeon ini pada masa yang lalu?
Apa yang menyebabkan mereka memilih untuk membela sebuah patung yang dikatakan bernyawa sedangkan apa yang aku nampak hanyalah, sebuah anak patung lelaki yang mati?
Kenapa mereka sanggup untuk mengupah aku sebagai nanny kepada anak patung lelaki?
Benarkah bahawa Jeon Jungkook yang berada di dukungan Puan Jeon adalah patung yang hidup?
Bagaimana aku hendak mengasuh sebuah anak patung lelaki yang kelihatan tidak bernyawa ini?
Sungguh memeningkan dan menyeramkan apabila memikirkannya.
Kini, baru aku faham maksud 'menyesal' yang keluar daripada mulut Sungwoon tadi.
Lamunan aku termati apabila terasa ada benda yang bergerak-gerak di hadapan mata aku.
Oh, tangan Puan Jeon.
" Eunee? Are you still there? "
" Y-ya. " Jawabku sambil tersenyum kelat.
" Em Tuan Jeon, Puan Jeon, Eunee, saya minta diri dulu lah ya? " Pinta Sungwoon.
" Mari saya hantarkan kamu sampai ke luar. " Ajak Tuan Jeon.
" Eunee-shi, kamu ikut Aunty ke bilik Jungie. Aunty nak ajarkan kamu cara yang betul untuk mengasuh anak kesayangan Aunty ini. Maklumlah, anak Aunty ni sungguh cerewet orangnya. " Ajak Puan Jeon.
Gulp.
" Ba-Baiklah. "
Tanpa berfikir panjang, aku pilih untuk meneruskan sahaja kerja yang gila bagi aku ini.
Daripada aku menarik diri dan pulang ke Seoul semula, lebih baik aku meneruskan tawaran menjadi nanny disini. Dapatlah aku tenangkan diri kat sini daripada masalah yang sedang aku hadapi di Seoul sana.
Sekurangnya, aku tidak berasa sakit hati dengan keberadaan si dia disana.
End Eunee's
Tuan Jeon menghantar Sungwoon sehingga ke luar rumah.
" Barangan yang kamu hantar tadi sudah cukup untuk seminggu, bukan? " Soal Tuan Jeon kepada Sungwoon yang sedang memasukkan kotak ke dalam trucknya.
" Ya Uncle. Jangan risau, stock yang baru saya tambah tadi mungkin sudah lebih dari cukup. "
" Baiklah, bayaran nanti saya akan bank in seperti biasa. "
" Okay Uncle, saya balik dulu lah ya? "
Jungkook's
Reaksi dan perbuatannya setelah melihat rupa aku yang tadi sangat mengecewakan.
Adakah aku kurang bagus dan tidak sekacak Sungwoon?
Aku mendengar perbualan mereka dengan teliti.
Yah, kenapa omma perlu ungkit kisah kemalangan yang telah menimpa diri aku pada masa lalu?! Kisah itu mungkin akan membuatkan Eunee bertambah takut untuk menjadi nanny aku.
Yaishhh!
Okayㅡ my mom knows me right. Aku memang sangat cerewet dengan cara pengasuh menjaga kebajikan aku.
Iyalah, aku perlukan kasih sayang yang secukupnya terutama sekali daripada Eunee, nanny paling muda dan paling cantik pernah aku dapat selama 25 tahun aku hidup.
Aku hanya memerhatikan pergerakannya yang sedang belajar cara untuk mengasuh aku dengan betul.
Dia perlu belajar cara yang betul kerana aku sememangnya seorang yang sangat cerewet.
Tapi, jika dengan Eunee, mungkin aku akan pertimbangkan kesalahannya kerana dia sekarang adalah kesayangan aku.
" My new nanny is so cute and damn beautiful. " Puji aku perlahan sambil mata masih tajam memerhati tubuh dan tingkah laku Eunee.
Tak sia-sia aku berbuat perangai kepada nanny yang sebelum ini supaya dia menarik diri daripada terus-terusan mengasuh aku.
Aku tidak akan melepaskan nanny aku yang satu ini kerana, she's my lady and i am her daddy. Wait for me, my honey~.
Senyuman sinis tidak pernah lekang daripada bibir aku.
End Jungkook's
ㅡㅡㅡㅡㅡ
ㅅ
ㅡㅡㅡㅡㅡi'm trying my best untuk buat se-suspend yang boleh sebab genre story ni; mystery/thriller.
maafkan segala kesalahan yang wujud dalam chapter ni (ŏ﹏ŏ)
btw, jungkook dah muncul hakhak
(・ิω・ิ).
YOU ARE READING
The Mansion | jeon jungkook
Horror; my home, my rules. follow my rules and you'll be save, honey. ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• genre; romance/horror [ fanfiction ] language; 70% malay 30% english status; on-going / slow update •••••••••••••••••••••••••••...