Eunee's
Pasangan Jeon dah tinggalkan rumah tiga jam yang lalu.
Sekarang, aku tak tahu nak buat apa.
Jungie aku hanya biarkan dia duduk di atas katilnya.
Sungguh aku tidak berani untuk dekat dengannya semasa ketiadaan Tuan Jeon dan Puan Jeon.
Seram kau tahu?
Aku bercadang untuk berjalan ke luar rumahㅡ mengambil udara segar.
Kaki dilangkahkan ke tempat yang aku letak kasut boot aku semalam.
E-eh? Takde?
" Mana pula kasut aku menghilang ni? " Bebel aku sendirian sambil mata meliar ke tempat sekeliling. Mana tahu ada yang alihkan ke sekitar tempat ni.
TAP TAP TAP TAP
Aku berdiri tegak apabila terdengar bunyi seperti ada orang berjalan di tingkat atas.
Atau berlari?
Goosebumps!
TAP TAP TAP TAP TAP TAP TAP
Makin galak aku dengar bunyi itu.
" S-Siapa tu??! "
Hening seketika.
Okay-
Aku betul-betul takut untuk duduk sendirian lagi di dalam rumah ini.
Segera aku capai selipar di dalam rak kasut itu dan pakainya.
Laman luar rumah adalah tempat utama yang aku tuju.
Apabila selamat tiba di kawasan luar rumah, aku terfikirㅡ siapa yang buat bunyi tadi?
Tak-Takkan hantu di siang hari ini?
Atauㅡ
Jung-Jungie yang buat bunyi tu??!
Omo! Aku terasa sangat takut untuk masuk ke dalam rumah itu kembali selagi mereka belum pulang.
Tanpa berfikir panjang, aku terus berjalan-jalan di sekitar laman rumah ini. Sangat luas dan bersih.
Reka bentuk keseluruhan rumah ini sungguh elegant dan penuh berestetika.
Walaupun nampak old fashion, masih kelihatan cantik dan bergaya.
Setelah penat berjalan, aku mengambil keputusan untuk duduk di satu bangku yang telah disediakan.
End Eunee's
" Cik? " Tegur seseorang kepada Eunee yang sedang duduk termenung.
Mendengarkan panggilan itu, Eunee mendongak.
Lantas dia berdiri dan, " Ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? "
" Cik ni, Eunee Park ke? "
" Y-Ya saya. Ada apa, ya? "
" Ini, ada bungkusan untuk cik. " Postman yang berdiri di hadapan Eunee menyerahkan satu bungkusan kepadanya.
Eunee menyambut dengan kerutan di muka.
" Sila turunkan tandatangan disini dan isi nama serta no kad pengenalan cik disini. "
Jungkook's
Nampaknya, Eunee seorang yang penakut.
Taktik aku untuk menarik perhatiannya tadi ternyata gagal.
Aku fikirkan, dia akan naik ke atas untuk melihat bunyi tadi datangnya dari mana. Rupanya, dia terus keluar dengan riak wajah yang takut.
Poor my baby.
Haih.
Sepatutnya aku tahu dari awal bahawa dia seorang yang penakut.
Nasiblah dia tidak terfikir untuk melarikan diri tadi.
Aku hanya memerhatikan gerak langkahnya yang berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan aku ini.
Ah, berjalan sahaja dia sudah kelihatan sungguh cantik dan menawan.
Really can't wait to meet and play with you, my beautiful lady. Hope that you will welcome my real existence without any undesirable reaction.
Tiba-tiba, aku ternampak gerangan seseorang yang aku rasa Postmanㅡ kerana dia memegang sebuah bungkusan.
Wah. Cepatnya barang tu sampai ke pemiliknya.
" Tak sabarnya nak tengok reaksi my baby bila dia dah buka bungkusan tu nanti. " Gumam aku sambil tersenyum sinis.
Senyuman sinis dengan aku, berpisah tiada.
HAHAHA.
End Jungkook's
Eunee membelek bungkusan berbalut sampul berwarna coklat yang berada di tangannya.
" To My Beautiful Lady, Eunee Park. From Your Daddy, JKJ. " Eunee membaca tulisan berangkai yang tertulis di atas bungkusan tersebut.
" Lol. Your Daddy? JKJ? Siapa ni? Cheesy gil- "
" Kamu buat apa dekat luar ni, Eun-ah? "
" OMONA! " Hampir tercampak bungkusan yang dipegangnya kerana terkejut tapi sempat dikawal.
Nasib tidak jatuh.
" Hah. Aunty dan Uncle baru sampai? "
" Ya. Maaf sebab buat kamu terkejut. Mari kita masuk. Panas dekat luar ni. " Ajak Puan Jeon.
Eunee hanya mengikuti langkah Puan Jeon.
Sesampainya mereka di dalam rumah, Eunee bersuara; " Em Aunty? "
" Ya, sayang? " Puan Jeon memandang Eunee.
Tuan Jeon telah pergi ke tempat lain dulu kerana ingin meletakkan barang-barang yang dipegangnya.
" Aunty- Aunty ada nampak tak kasut boot Eunee yang ada kat tepi ni semalam? " Soal Eunee ragu-ragu.
" Takde pulakㅡ Lah. Kamu letak dekat situ semalam? Kalau takde ni, maksudnya Jungie bawak mainlah tu kasut kamu. Dia memang nakal sikit. Lain kali, simpan terus kasut kamu dalam rak kasut. Kalau tidak, habis dibawa mainnya lagi. " Terang Puan Jeon sambil dia menyambung langkahnya.
Eunee terpana dan mukanya berubah sedikit pucat. Tiba-tiba, dia terasa bibirnya kering.
" Ha-Habistu, nanti d-dia pulangkan tak? " Soal Eunee sekadar berkias. Padahal dalam hati dia sangat takut dengan apa yang didengarnya tadi.
" Tengok pada dia juga. Kalau dia baik, nanti dia pulangkan lah tu. Kamu ada kasut lain kan? "
Eunee tersedak air liurnya.
" Y-ya. "
Terasa sangat tidak masuk akal dengan kata-kata Puan Jeon tadi.
Sepatung anak lelaki yang kaku, bawa lari kasutnya dan kalau dia baik, baru dipulangkan?
Gila ke?
Sangat tidak masuk akal bagi Eunee yang hampir 80% berfikiran logik itu.
ㅡㅡㅡㅡㅡ
ㅅ
ㅡㅡㅡㅡㅡ
YOU ARE READING
The Mansion | jeon jungkook
Horor; my home, my rules. follow my rules and you'll be save, honey. ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• genre; romance/horror [ fanfiction ] language; 70% malay 30% english status; on-going / slow update •••••••••••••••••••••••••••...