2 ; deux

318 40 42
                                    

Eunee's

Kepala aku ditolehkan ke belakang sambil tangan mengurut dada yang sedang berdegup kencang akibat terkejut tadi.

Aku mengerutkan kening apabila terlihatkan gerangan seorang lelaki yang berbadan agak kecil.

Melihatkan bentuk badan dan mukanya, dia seperti doppelganger ataupun adik kepada Park Jimin BTS.

Jangan cakap kau tak kenal BTS. * whitemoon *

" Er, saya Eunee Park. Nanny kepada anak pemilik rumah ini. Awak pula siapa ya? "

" Oh saya Ha SungWoon. Peniaga kedai runcit di kawasan sini dan saya memang dah lama di upah oleh keluarga Jeon untuk menghantar barangan runcit setiap minggu kerumahnya. " Terang Sungwoon panjang lebar sambil tersenyum manis.

Cermin mata di batang hidungnya yang melorot ke bawah di tolak ke atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cermin mata di batang hidungnya yang melorot ke bawah di tolak ke atas.

" Oh begitu. " Aku hanya meng-oh-kan sahaja.

Terasa suasana disini tersangatlah awkward.

" Em awak betul-betul yakin ke nak jadi nanny kepada anak pasangan Jeon? "

" Ya, kenapa? Ada apa-apa masalah ke? " Aku menyoalnya kembali sambil kaki mengikut langkah Sungwoon ke dapur.

" Ya, kenapa? Ada apa-apa masalah ke? " Aku menyoalnya kembali sambil kaki mengikut langkah Sungwoon ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Takda apalah. Cuma saya takut nanti awak akan menyesal dengan pilihan awak. "

" Kenapa pulak saya nak menyesal? Peliklah awak ni. "

" Saya memang pelik ahahahahaha. Em awak dah makan? " Soalnya lagi sambil menyusun barangan basah ke dalam peti ais.

" Untuk makan malam ni, belum lagi. "

" Oh. Kalau lapar, makan jelah roti dengan jem tu. "

" Tak apa ke? "

" Awak nak takutkan apa? Tuan dan Puan Jeon mesti takkan kisah punya kalau nanny anak mereka yang muda ni jamah sedikit makanan yang ada kat sini. Lagipun, pasti mereka faham yang awak belum makan. " Ujarnya panjang lebar lagi.

Aku yang mendengarnya, terus sahaja keluarkan roti dan jem peanut chocolate kegemaran aku yang baru disimpan tadi.

" Awak asal dari mana ni? "

" Seoul, "

" Oh jauh juga, dari Seoul datang ke Busan. Family awak tak halang awak? "

" Tak. Mereka okay sahaja dengan keputusan saya. Lagipun, mereka faham kenapa saya buat keputusan untuk bekerja sebagai nanny disini. " Jawab aku dengan sayu sambil mula menggigit roti berjem peanut chocolate.

Dapat aku lihat dari ekor mata yang dia menghentikan kerjanya lalu fokusnya ditumpukan ke arah aku.

Ha sudah. Tolong jangan banyak soal.

Daripada perbualan kami tadi, aku dapat rasakan yang Ha SungWoon di hadapan aku ini, seorang lelaki yang bermulut kepoh dan suka bertanyakan banyakㅡ

" Kenapa? Apa yang dah jadi dekat awak disana? "

Kan aku sudah agak.

" Saya ada masalㅡ "

" Sungwoon-ah ! "

Kata-kata aku terpotong disebabkan oleh jeritan seorang makcik yang aku rasa ianya adalah Puan Jeon.

End Eunee's

" Saya di dapur, Puan Jeon! " Mendengarkan panggilan tadi, segera Sungwoon menyahut.

" Kamu dah siap susun barang-barang kami? " Soal Tuan Jeon apabila matanya menangkap tangan Sungwoon yang sedang memegang plastik Oat.

" Belum Tuan Jeon, lagi sedikit sahaja. "

" Kalau dah siap, kamu boleh balikㅡ eh kamu siapa? Teman wanita Sungwoon kah? " Tanya Tuan Jeon sebaik sahaja matanya terpandangkan gerangan seorang gadis yang berdiri tidak jauh daripada Sungwoon.

" Taklah. Saya Eunee Park, nanny baru kepada anak Tuan dan Puan Jeon. Salam perkenalan. " Sahut Eunee sambil tangannya dihulurkan kepada Tuan Jeon untuk bersalam.

" Oh kamu lah Eunee Park tu. Muda sungguh. Berapa umur kamu, nak? " Tanya Puan Jeon pula.

Sambil tersengih, Eunee menjawab; " 23 tahun, puan. "

" Kalau begitu, mari ikut Aunty. Kita jumpa anak kesayangan Aunty ya? "

" Baiklah. " Jawab Eunee dengan senyuman yang manis.

Segera Puan Jeon menarik tangan Eunee dengan lembut ke ruang tamu utama rumah ini.

" Sayang! Bawakan anak kita ke ruang tamu untuk diketemukan dengan Eunee. Pasti anak kita tu dah tak sabar nak jumpa nanny dia yang cantik lagikan muda ini. "

" Saya biasa je Puan Jeonㅡ "

" Janganlah panggil saya Puan Jeon, panggil sahaja Aunty. " Potong Puan Jeon sambil tersenyum ke arah Eunee.

Tidak sempat Eunee bersuara, terlihat kelibat Tuan Jeon bersama anak lelakinya.

" A-apa yangㅡ "

Ha Sungwoon yang turut berdiri di sebelah Tuan Jeon hanya mampu tersenyum kelat.

Rupa anak lelaki Tuan Jeon dan Puan Jeon sangat biasa bagi mereka berdua termasuk Ha Sungwoon tetapi tidak bagi Eunee.

Ianya ibarat kejutan budaya untuk Eunee yang baru pertama kali melihatnya.

Bagaimana untuk dia hadapi dan menjaga anak lelaki kepada majikannya ini pada masa akan datang?

Mampukah dia?

ㅡㅡㅡㅡㅡ

ㅡㅡㅡㅡㅡ

The Mansion | jeon jungkookWhere stories live. Discover now