Selesai minum petang, Eunee mengikuti langkah Puan Jeon dengan Jungie di dukungannya untuk penerangan tugasan yang seterusnya.
Puan Jeon membuka satu pintu bilik yang berada di tingkat tiga rumah agam tersebut.
" Bilik apa ni, Aunty? "
" Bilik belajar Jungie. "
" Ohhh. " Mata Eunee meliar di sekeliling bilik itu.
Puan Jeon mengambil Jungie di dukungan Eunee dan diletakkan ke atas satu kerusi yang berhadapan dengan sebuah meja belajar.
Bilik tersebut sangat besar dan penuh dengan bahan bacaan serta meja dan kerusi.
Di satu sudut pula, terdapat sebuah piano berwarna putih dan alat pemain piring hitam (?).
" Jungie belajar tiga jam sehari dan lima hari seminggu. Biasanya, Aunty akan mulakan dengan membacakan sebuah cerita. Kamu tahu apa-apa cerita dongeng, Eun-ah? "
" Saya hafal cerita Beauty and The Beast. " Eunee tersengih. Kelihatan dia sudah boleh untuk membiasakan dirinya di sini.
" Okay. Cerita tu pun menarik. "
Perasan akan ada benda yang bergerak, mereka berdua pandang ke arah Jungie yang sedang duduk di atas kerusi tadi.
" Aigu Jungie-ya. " Puan Jeon bergerak ke arah Jungie lalu direndahkan sedikit badannya.
Dia membetulkan kedudukan Jungie yang melorot tadi dan berkata, " Jungie sayang. Duduklah tegak-tegak. Be a good little boy, ne? " Lalu di usap pipi patung tersebut.
Eunee hanya memandang.
Puan Jeon menegakkan badannya semula dan bergerak ke arah rak buku. " Mana-mana buku dari sini boleh dibacakan tapi kamu kena baca dengan kuat dan jelas. "
" Ya, baiklah. " Eunee mengambil satu buku daripada rak tersebut lalu dibuka untuk melihat isi kandungannya.
" Seterusnya, muzik. "
" Jungie perlukan muzik dalam hidup. Itu adalah dunianya. " Puan Jeon berjalan ke arah satu sudut yang terletaknya piano dan alat pemain piring hitam pula.
" Dia suka dengar lebih kuat daripada yang Aunty suka. Aunty tak sanggup nak halangnya kerana ia buatkan Jungie gembira. "
Puan Jeon memasang satu piring hitam diatas pemainnya dan volume dinaikkan pada yang paling maximum.
Jungkook's
Jadi, rules yang aku buat dah sampai ke tangannya.
Terlalu banyak kejutan yang dia dapat harini dan banyak benda yang dia dah belajar harini.
Seperti biasa, aku akan memerhatikan gerak langkahnya dengan tajam.
Aku harap, dia takkan langgar rules aku dan suka dengan bungkusan yang baru dia dapat tengahari tadi.
I really loved all about her.
Thanks to my dearest mom sebab pasang lagu kuat-kuat.
End Jungkook's
Keluar sahaja daripada bilik belajar Jungie tadi, Eunee terus bergerak ke dalam bilik tumpangannya setelah diberi kebenaran oleh Puan Jeon.
Eunee's
Harini, banyak benda yang aku belajar untuk jadi nanny kepada Jungie.
Sememangnya, he's not just an ordinary boy.
Kadang aku menyesal, kadang aku suka dengan kerja aku sekarang ni.
Aku berdiri dan bergerak ke meja solek dan aku terpandangkan bungkusan yang aku dapat tengahari tadi.
" Siapa yang kasi eh? Macam mana dia tahu aku duduk sini? " Aku mengerutkan dahi dan membelek lagi bungkusan tersebut.
Pelik.
Sambil aku pegang bungkusan itu, aku melihat jam tangan yang melilit pergelangan tangan kanan aku.
Jam sudah menunjukkan waktu 19:13
Aku mengambil keputusan untuk abaikan bungkusan tadi dahulu dan mandi sebelum turun untuk makan malam.
End Eunee's
Selesai mandi, Eunee terus turun ke bawah. Keadaan di ruang tamu sangat sunyi
" Aunty? Uncle? "
" Kami kat dapur ni, Eun-ah! " Sahut Puan Jeon.
Eunee melangkah ke dapur.
" Ada apa-apa yang boleh saya tolong? "
Eunee melihat Puan Jeon yang sedang menggaul sesuatu di dalam kuali manakala Tuan Jeon menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak ke atas meja makan.
" Apa kata, kamu pergi uruskan Jungie kat bilik dia tu. Tadi kami tak sempat nak uruskan dia. " Suara Tuan Jeon.
" N-ne? Em. B-Baiklah. Tukarkan baju dia aja? "
" Ya dan jangan lupa bawa dia turun sekali. "
ㅡㅡㅡㅡㅡ
ㅅ
ㅡㅡㅡㅡㅡ
YOU ARE READING
The Mansion | jeon jungkook
Terror; my home, my rules. follow my rules and you'll be save, honey. ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• genre; romance/horror [ fanfiction ] language; 70% malay 30% english status; on-going / slow update •••••••••••••••••••••••••••...