Pernahkah kau merasa seakan dirimu diperhati oleh sesuatu yang kau tidak tahu dari mana datangnya?
Pada hari maghrib dan malam kian menjelang, kau terasa hati kau berdebar-debar dan tidak tenang secara tiba-tiba. Pada hari masih pagi, kau tidak pula terasa sedemikian rupa. Hati kau berdebar kerana kau dapat rasakan ada sesuatu yang berdekatan denganmu namun kau hanya membiarkannya untuk menyedapkan hati kau saat itu.
Tetapi hati kau tidak juga tenang-tenang. Bulu roma kau menegak secara tiba-tiba sahaja. Kau merasa sedikit perasaan takut dan resah bercampur-baur.
Pada ketika kau membersihkan wajahmu, kau cepat-cepat membasuhnya dengan air. Tidak mahu menutup mata walaupun sekejap sahaja. Kerana saat mata kau tertutup, kau membayangkan sesuatu yang sedang melangkah perlahan-lahan ke arahmu. Bila sahaja kau membuka mata, kau memandang ke arah sekelilingmu. Ke belakang, ke atas, ke bawah dan ke depan namun kosong tiada jelmaan seperti yang kau fikirkan.
Tetapi tidakkah kau tahu jika bulu roma kau menegak secara tiba-tiba itu bermakna ada sesuatu yang berdekatan dengan kau. Sesuatu yang deria matamu tidak dapat melihatnya, sesuatu yang tidak dapat kau jangkakan. Mungkin saja sesuatu itu sedang melihat ke arah kau dengan wajahnya yang menggerutu dan menyeringai lebar. Kau pasti tidak mahu melihatnya secara realiti, bukan?
Apa perasaan kau jika bila sahaja kau memerhati ke tempat yang kau rasa dirimu di intai, kemudian kau melihat 'benda' itu sedang melihatmu dengan pandangan matanya yang tajam sambil melangkah ke arahmu.
# Aku pernah doh rasa macam tu, serius. Kau pernah?
imagine this ghost is looking at you.
YOU ARE READING
Creepy Story
Horror-Horror-Short story- Kau rasa kau berani bacalah story ni. 1)Cerita pengalaman orang 2)Cerita rekaan 3)Cerita urban legend 4)Cerita psycho, killer 5)Cerita Misteri/Aneh 6)Copy paste story 'etc' Setiap part akan disertakan dengan gambar. Pastikan an...