Sleep yet?

176 24 14
                                    

Cerita mengenai hantu di asrama memang banyak terjadi. Cerita diganggu hantu, cerita ternampak penampakan hantu dan cerita dirasuk oleh hantu. Memang menakutkan para pelajar yang tinggal di asrama.

Yulia, si pelajar perempuan yang baru sahaja menetap di asrama tidak mengetahui tentang kisah seram di asramanya. Tetapi ada juga dia terdengar cerita-cerita tentang hantu nenek kebayan yang kerap mengganggu pelajar asrama.

Yulia, seorang perempuan yang kurang mempercayai kisah mistik itu hanya membiarkan sahaja. Dia yakin kisah hantu itu mungkin tidak benar seperti yang diceritakan.

Untuk menjadikan kisah,  pada waktu malam pada hari malam jumaat, Yulia masih belum dapat untuk melelapkan matanya. Puas sudah dibuatnya tips-tips untuk mudah tidur yang diketahui daripada internet, namun tetap masih tidak boleh. Kedudukan katil Yulia merupakan katil kelima dan terletak dihujung tepi tingkap.

Yulia memandang seluruh ahli-ahli di bilik itu, semuanya sudah tidur belaka. Ditiliknya jam menunjukkan pukul 12:30 malam. Walaupun tidak terasa ingin tidur, matanya cuba dipejamkan serapat-rapatnya sambil menyelimuti seluruh badan hingga mukanya.

Setelah beberapa minit kemudian, satu suara seakan suara orang tua kedengaran di dalam bilik itu.

" 1, 2 , 3 dah tidur......"

Suara itu berhenti seketika, seperti ingin mencari siapa lagi yang belum tidur.  Yulia berasa tidak sedap hati. Perkara yang dialaminya sekarang seperti sama apa yang diceritakan oleh kakak seniornya. Yulia terus berpura-pura tidur.

" 4 dah tidur..... 5 tak tidur lagi? "

Suara menyeramkan itu berkata semula.

Di sebalik selimut itu, Yulia berasa seram. Dia tetap meneruskan tidur-tidur ayamnya itu. Tidak mahu dia melihat wajah suara yang berkata itu, mengerikan mungkin.

" Katil 5 kenapa tak tidur lagi? "

Yulia terdengar suara itu kelihatan semakin dekat dengannya berbanding tadi. Dia semakin berasa takut. Sementelah itu suara itu kedengaran lagi tapi kini seakan di hadapan katilnya.

" Jangan pura-pura tidur! "

Yulia ingin menjerit apabila terdengar suara menyeramkan itu hanya dihujung kaki nya sahaja. Habis berpeluh badannya kerana rasa takut itu. Hendak mengejutkan rakan sebelah katilnya pun dia tidak berani, takut ternampak wajah hantu itu.

Kemudian beberapa minit itu, Yulia tidak lagi mendengar suara itu. Adakah dia telah tiada disitu? Keadaan itu diambil Yulia untuk mengejutkan rakan di sebelahnya.

Yulia pun membuka matanya dan selimut dibuka serentak. Tetapi apa yang dilihat sekarang, ada satu wajah ditepi katilnya sambil memandangnya dengan wajah yang mengerikan.

Yulia mula menjerit ketakutan dan meracau-racau kerana itu kali pertama dia melihat hantu. Rakannya yang sedang tidur terjaga serta-merta.

" Yulia... Yulia kenapa? "

Suara rakannya berkata

" Pergi... Pergi jangan ganggu aku "

Yulia masih tetap meracau-racau sendirian.

Pernahkah anda terdengar tentang kisah ini? Hantu yang mengganggu ketika tidur dan dia memeriksa mana-mana orang yang masih belum tidur. Ada cerita yang mengatakan hantu tersebut ialah hantu nenek kebayan.
Kisah benar budak asrama.

______________________________________

Jaga-jaga mungkin ketika kau belum tidur dia mungkin akan datang ke tepi katil untuk menegur kau.

" Kamu belum tidur lagi, ya ? "

" Kamu belum tidur lagi, ya ? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













Creepy StoryWhere stories live. Discover now