Pak Alim merupakan seorang imam yang boleh dikatakan alim di tempatnya. Beliau tinggal di taman perumahan yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Pada suatu hari, beliau hendak pergi ke negeri Perak memandangkan ada urusan yang mahu diselesaikan. Setelah sampai di Perak, beliau pun singgah sebentar di sebuah restoran untuk minum sebentar sebelum pergi ke destinasi yang ingin dituju.
Ketika sudah menjejakkan kaki di sana, Pak Ali dapat merasakan sesuatu yang agak janggal di restoran itu. Namun ditepiskan sahaja dengan berfikiran positif. Pak Ali terus duduk di kerusi dan memesan air teh panas.
Setelah air yang dipesan telah pun sampai, Pak Ali berura-ura untuk meminumnya. Sebelum itu, seperti biasa, Pak Ali akan membaca selawat dan satu surah terlebih dahulu.
Selepas sahaja membacanya, tiba-tiba gelas yang terisi dengan air teh itu retak dan pecah dengan sendiri. Pak Ali sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Pak Ali pun segera memanggil pekerja di tempat itu. Pekerja disitu meminta maaf akan perkara yang terjadi. Mereka mengatakan mungkin gelas kaca tersebut tidak dapat menampung air yang panas itu.
Untuk tidak memanjangkan cerita, Pak Ali pun berkata tidak mengapa kepada mereka. Di sebalik itu, Pak Ali tahu bahawa air teh yang di pesannya itu mempunyai pelaris di dalamnya. Mungkin juga pekerja disitu sudah mengetahuinya namun disorokkan perkara sebenar daripada para pelanggan. Pak Ali pun terus balik dan mungkin selepas ini beliau tidak akan menjejakkan kaki lagi ke tempat itu.
______________________________________
Cerita benar daripada kawan aku. Before that, aku tak sure sangat negeri perak ke perlis dah lupa. Pak Ali tu ayah kepada kawan aku, nama tu ofcourse bukan nama sebenar. Then, aku pun juga tak sure jika beliau tu kgn diri yang sesuai, hahaha.
Vote&Comment
p/s: Hati-hati bila pergi ke mana-mana restoran.
YOU ARE READING
Creepy Story
Horror-Horror-Short story- Kau rasa kau berani bacalah story ni. 1)Cerita pengalaman orang 2)Cerita rekaan 3)Cerita urban legend 4)Cerita psycho, killer 5)Cerita Misteri/Aneh 6)Copy paste story 'etc' Setiap part akan disertakan dengan gambar. Pastikan an...