Toilet

338 48 26
                                    

Pada sebuah malam di hostel seorang perempuan bernama Atikah terbangun kerana ingin membuang air kecil. Oleh kerana rasa takut untuk pergi bersendirian, dia membangunkan rakan yang tidur di sebelah katilnya.

Tandas di hostel mereka berada jarak yang jauh dari bilik mereka. Tandas tersebut berdekatan dengan belukar yang semak-samun seperti hutan. Ini kerana hostel mereka terletak di pedalaman jauh daripada bandar.

Setelah Atikah yakin bahawa rakannya telah bangun, dia pun mengajak rakannya pergi menemaninya ke tandas.

Atikah dengan langkah yang pantas menuju ke tandas kerana dirinya terasa ingin terkucil sambil menarik tangan rakannya. Setelah sahaja sampai, dia terus masuk ke dalam tandas dan menyuruh rakannya menunggu di luar. Kemudian, Atikah pun siap dan mengajak rakannya pulang ke hostel semula.

Namun rakannya hanya diam dan melangkah senyap ke dalam tandas. Atikah berasa pelik namun di endahkan sahaja kerana mungkin rakannya itu mahu masuk ke tandas dan masih mamai lagi.

Setelah beberapa minit kemudian, Atikah berasa pelik kerana rakannya belum lagi menunjukkan tanda-tanda ingin keluar. Namun satu bunyi pun tidak kedengaran dari dalam tandas.

Atikah mula mendekati pintu tandas dan mengetuk pintu berkali-kali kerana takut-takut kalau rakannya tertidur di dalam tandas. Selepas mengetuknya, pintu masih lagi belum terbuka. Hendak membukanya pun pintu berkunci dari dalam. Memandangkan pintu tandas tersebut tidak bertutup sepenuhnya kerana terdapat ruang di bawahnya, Atikah pun menundukkan kepala dan menjenguk ke dalam dari bawah.

Perlahan-lahan Atikah menundukkan kepalanya ke bawah. Atikah berasa terperanjat dan gementar dengan apa yang dilihatnya. Tubuh Atikah mulai menggeletar perlahan-lahan. Di sebalik ruang pintu tersebut, Atikah terlihat sebuah kepala yang berbulu dan bermata merah sedang melihat ke arahnya dengan kepalanya yang terjenguk ke bawah.

Atikah cuba menenangkan dirinya dengan membaca beberapa surah yang diketahuinya. Kemudian, kedengaran pintu tandas berkeriut dibuka perlahan. Atikah tidak dapat berfikir panjang lagi, dia terus melarikan diri tanpa mahu melihat ke arah bunyi tersebut. Ketika berlari, Atikah terasa dirinya diekori oleh benda yang dilihatnya itu. Atikah terasa seperti ingin menangis kerana ketakutan.

Sampai sahaja di bilik hostelnya, Atikah mengunci pintu dan terus melompat ke arah katilnya. Dia mengambil selimutnya dan menyelubungi seluruh badannya yang sedang menggigil. Sempat lagi Atikah menjenguk ke arah rakannya yang diajak tadi ke tandas. Masih ada dan asyik lena di situ.

Keesokkan harinya Atikah di serang demam panas yang teruk.

______________________________________

This story is based on true experience from someone who had told me.
I just changed the name. So how?

Vomment guys if you'd like it.

# if you were Atikah, what do you feel?

# if you were Atikah, what do you feel?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Creepy StoryWhere stories live. Discover now