First night

484 40 37
                                    

Cerita ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang baru sahaja siap bernikah pada malam itu. Si suami tidak sabar-sabar untuk menempuh bahtera malam pertama mereka. Lalu si suami menarik tangan isteri dan membawanya masuk ke dalam kamar.

Tetapi baru sahaja hendak melangkah pergi ke kamar, si suami telah di panggil oleh ayah mentuanya untuk menolong memasang khemah bagi persandingan pada esok hari. Jadi si suami menyuruh isterinya untuk pergi dahulu dan bersiap-siap menunggunya kemudian.

" Sayang, pakai seksi-seksi tau. Tak pakai apa-apa pun tak apa " sempat lagi si suami berbisik ke telinga isterinya.

Si isteri berasa sedikit segan mendengarkan kata-kata tersebut. Namun si isteri tetap mengiakannya sambil tersenyum menggoda. Si isteri pun melangkah masuk ke kamar pengantin mereka dan mula menyiapkan dirinya dengan memakai pakaian yang paling seksi.

Selang beberapa minit selepas itu, kedengaran pintu kamar di buka dan si isteri mula tersenyum kerana suaminya sudah ada. Tanpa sempat melihat 'suami'nya, si isteri terus di terkam dan badannya dicumbui dengan rakus oleh 'suami'nya. Si isteri pun ketawa melihat sikap gelojoh 'suami'nya yang tidak senonoh itu.

" Abang perlahan sikit, sayang tak lari ke mana pun lah " kata si isteri

Si suami tidak berkata apa-apa namun perbuatan rakusnya tetap diteruskan. Tanpa membuang masa si suami pun menanggalkan baju tidur seksi berwarna merah yang sedang di pakai oleh si isteri. Si suami kelihatan lebih gelojoh setelah melihat tubuh telanjang si isteri. Lantas, si suami mencium dan mencumbui seluruh tubuh terdedah isterinya.

Suara desahan si isteri mulai kedengaran keluar dari bibir. Tanpa membuang masa, si suami meneruskan bahtera nikmat malam mereka dengan menerokai dengan lebih jauh lagi. Desahan kedengaran hebat antara mereka.

Namun, desahan si suami kedengaran seperti suara haiwan menggeram. Si isteri yang asyik diulit kenikmatan tidak perasan akan bunyi aneh itu. Apabila hendak mencapai tahap klimaks, suara geraman si suami lebih kuat bunyinya.

Si isteri pun berasa puas setelah siap berjimak dengan suaminya walaupun badan dan alat bawahnya terasa sedikit sakit. Si isteri yang berasa kepenatan, mulai melelapkan matanya untuk tidur.

Matanya tidak jadi untuk dilelapkan kerana terdengar pintu kamar dibuka berserta satu suara yang amat dikenalinya.

" Aik takkan nak tidur dah kot sayang? " soal si suami sambil melangkah masuk ke dalam kamar.

Si isteri berasa sedikit hairan kerana bukankah suaminya ada bersama-samanya sebentar tadi.

" Rasa nak tidur pula lepas kita buat anak tadi. Penatlah, abang gelojoh betul tadi " Balas si isteri

" Sayang, abang baru saja siap tolong pasang khemah. Sayang tidur lah dulu. Nampak mamai sangat dah tu " kata si suami sambil sedikit tersengih

Si isteri kelihatan amat terperanjat mendengar kata-kata si suami. Kerana dia amat pasti bahawa suaminya baru sahaja berada di atas katil tadi. Si isteri terketar-ketar menyoal suaminya.

"A..abang be..betul ke abang baru masuk ni "

" Betullah. Kenapa ni sayang "

" Abang.. ja..jadi siapa yang sayang 'bersama' tadi tu "

Muka si isteri terlihat pucat seperti tidak percaya dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Si suami yang melihat keadaan si isteri mula mendekati dan memeluk si isteri agar bertenang.

" Shhh...tenang sayang. Cerita dekat abang apa yang terjadi ketika abang tiada tadi "

Si isteri tidak menjawab pertanyaan suaminya itu. Keadaannya lebih teruk berbanding tadi. Si isteri menangis dan badannya menggigil-gigil. Sambil itu, si isteri meliar-liarkan matanya memandang ke seluruh pelosok kamar mereka. Kedengaran jeritan si isteri memenuhi ruang kamar.

Si isteri ternampak satu lembaga hitam sedang berdiri di tepi almari pakaian mereka.

Apa yang bermain-main di mindanya ketika itu dibiarkan. Persoalan mengenai 'siapa' yang bersama-samanya sebentar tadi terjawab sudah. Si isteri berasa sangat takut dan jijik dengan dirinya sendiri. Tangisannya menggeletar penuh hiba.

______________________________________

Duh this is the long chap between part 1 and 2. Sorry for the mature content that i wrote in this chap. But it's not the detail one so you can skip if some of my words make you feel not comfortable.

Cerita ni aku reka sendiri, tapi perkara macam tu memang benar pernah terjadi ya guys. Apa kau rasa kalau kau bersetubuh dengan makhluk halus. Duh.

Jangan nak suka seksi2 sangat. Kang takut2 ada makhluk halus yang bernafsu dan suka dekat kau. Not being rude haha.
Hati-hati.

Kau suka kau vote dan comment.

Kau suka kau vote dan comment

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Creepy StoryWhere stories live. Discover now