Love?

144 25 16
                                    

Aku pandang kau yang sedang terbaring di atas lantai dapurku itu. Aku menjerit ketakutan serta-merta melihat akan keadaan kau yang sudah tidak serupa manusia. Geli menusuk deria bau dan penglihatan aku.

Badan kau berlumuran darah. Mulut kau tertutup dengan titisan lilin yang sudah kering. Mata kau kelihatan seperti lohong hitam kerana bebola mata kau terpisah daripada tempatnya. Kemudian aku melihat tubuh bogel kau, ahh sungguh malu pula aku melihatnya. Sadisnya payudara di sebelah kiri kau dikerat hingga separuh dengan isi perut yang terburai. Aku melihat kearah bawah pula, secara tiba-tiba pipiku terasa membahang. Malu- malu aku melihat alat sulit kau yang telah dikoyak rabakkan itu dan di sumbat dengan besi tajam yang panjang.

Aku terkilan, siapa saja yang sanggup buat kau begini, tergamaknya dia. Betapa pilunya hatiku melihat wanita yang kucintai diperlakukan sedemikian rupa. Aku tak peduli lagi dengan keadaan kau yang 'hancur' itu, aku peluk erat tubuh kau dengan tangisan yang hiba. Sambil itu aku menjerit dan menangis meminta tolong dengan jiran-jiran berdekatan. Air mukaku sebagai seorang lelaki tidak kupeduli lagi. Demi kau sayang aku sanggup.

Mereka yang mendengarnya, datang untuk 'selamatkan' kau. Aku masih lagi dengan tangisan yang tidak berhenti-henti sambil badan kau ku peluk. Mereka yang ada membantu aku menelepon pihak polis dan ada juga yang sempat menenangkan aku yang kesedihan ini. Nampaknya mereka amat simpati akan diriku yang kehilangan wanita yang tercinta.

Kemudian, polis pun datang dan mula menyoal siasat semua yang berada disitu. Aku tak mampu menjawab pertanyaan yang dilontarkan kerana terlampau sedih. Sepertinya pihak polis faham akan keadaanku dan berjanji akan mencari siapa pembunuh kau. Jangan sedih sayang, pembunuh kau akan dapat dicari nanti.

Ada satu perkara yang mereka semua tidak sedar. Asyik dengan keriuhan itu, sehingga diri turut terleka. Perkara yang disembunyikan dengan aksi yang meyakinkan. Dibodohkan oleh sesuatu yang hanya dilihat di depan mata. Mereka terleka dengan permainan yang dipamerkan.

Dalam tangisan yang masih berbaki itu, bibir ku mula mengukirkan sebuah senyuman.

Perlahan-lahan ianya bertukar menjadi menyeringai. Darah kau yang tercalit di jari, ku jilat perlahan. Hmmm, manis sungguh, semanis wajah kau.

______________________________________

Macam merapu ja aku tulis ni.

Sesiapa yang vote dan komen itu aku sangat hargai. Thanks duh.

Pic pon merapu

Pic pon merapu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Creepy StoryWhere stories live. Discover now