"Awak? Awak tak apa-apa ke? Awak, bangun!"
Kek Black Forest.
Bahan-bahan:
1 kotak moist supreme cake mix.
1 ¼ cawan air.
½ cawan minyak masak (Mazola).
3 biji telur.
Cara membuatnya:
1. Ketuhar dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit.
2. Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inci.
3. Oleskan dengan butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
4. Satukan tepung moist supreme cake mix, air, minyak dan telur dalam bekas.
5. Pukul perlahan selama 2 minit.
6. Tuang adunan dalam loyang.
7. Bakar kek dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
8. Kek masak bila lidi yang kita cucuk pada tengah kek keluar kering dan licin.
9. Bila kek dah masak, sejukkan.
10. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang.
11. Potong bahagian atas kek yang keras.
12. Potong kek kepada tiga lapisan. (Bergantung kita nak berapa lapis).
13. Ketepikan.
14. Sekarang kita buat filling dan topping.
"Filling dan topping? Lagilah haru-biru!" Aisya Farhana tepuk dahi. Tak sanggup dia menghabiskan bacaannya di Blog masakan itu. Telefon bimbit segera dimasukkan ke dalam beg tangan. Aisya Farhana termenung.
"Aduh! Macam susah aje nak buat benda alah ni. Menyesal aku janji dengan adik nak buat kek ni."
Terkumat-kamit mulut Aisya Farhana membebel seorang diri. Padahnya berjanji sakan, konon nak buat kek spesial untuk si adik kesayangan. Home-madelah sangat kononnya. Beli kan lebih cepat dan senang. Nah, sekarang rasakan! Dah hampir satu jam dia berpusing-pusing dalam Tesco ni cari bahan-bahan nak buat Black Forest Cake. Nama pun dah black (gelap). Memang gelap masa depan aku nak menyiapkan kek ni!
"Okey, along janji dengan adik. Esok adik balik dari hostel, sebiji kek black forest home-made akan terhidang comel di atas meja! Ulang suara. Home-made!"
"Along dah janji tau! Esok kalau adik balik tapi kek tu tak ada, siap along! Tak nak kawan dengan along sebulan! Ulang suara. Sebulan!"
Perbualannya dengan Aina Tasneem berlegar-legar dalam ingatan. Perjanjian dibuat dua hari yang lepas. Si adik mengidam nak merasa kek home-made si kakak. Si kakak pula bukanlah si pakar buat kek. Kek yang pernah Aisya Farhana buat sekali aje yang pernah jadi. Kek Suji. Buat kali pertama, gebu. Buat kali yang kedua, terus ditongsampahkan. Huhuhu. Inilah padahnya bila berangan pandai buat kek ala-ala Secret Recipe.
"Okey bertenang, Aisya. Kau boleh buat! Alah, setakat kek aje pun. Tak sedap ke, sedap ke tu belakang kira. Yang penting aku ikhlas buat kek tu untuk Aina dan janji aku pada dia dah ditunaikan! Tak adalah janji 'dicapati'. Uhm!" Kata-kata penyedap hati dilontarkan untuk diri sendiri. Dalam keadaan keyakinan yang ala-ala ni, semangat Aisya Farhana sebenarnya hampir merudum. Matilah kalau dia tak berjaya buat kek tu! Kesian dekat Aina nanti.
Kring. Kring. Kring.
Baru nak meneruskan langkah, telefon bimbitnya pula yang berbunyi. Aisya Farhana tak jadi menolak troli. Miss Oppo pantas dicari dalam beg tangannya. Apabila dibawa keluar, nama Mama Kesayangan terpapar pada skrin telefon.
![](https://img.wattpad.com/cover/130753561-288-k333393.jpg)
YOU ARE READING
TETAP DALAM JIWA
General FictionTajuk: Tetap Dalam Jiwa Penulis: Farisha Imani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-27-4 Muka Surat : 576 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Bila memang harus berpisah, aku akan tetap setia. Bila memang...