"Sebenarnya... Along... Along ada masalah jiwa."
"Hai, adik. Morning." Ucapan selamat pagi dari Aisya tidak disambut oleh Aina. Menonong gadis berusia 17 tahun itu menuju ke peti sejuk. Jag kaca berisi air kosong, Aina capai. Dipamer muka ketat sambil tangannya menuang air ke dalam gelas.
"Adik... Adik marah along ke?" Aisya peluk erat lengan adiknya. Dia cuba memujuk.
"Adik!" Aisya naik geram pula bila Aina buat tak tahu dengan dia. Sah budak kecik ni merajuk dengan dia.
"Along mintak maaf pasal semalam. Along tahu along tak tepati janji. Tapi along bukan sengaja. Along..."
"Adik maafkan along," ucap Aina memotong percakapan Aisya. Wajah kakak kesayangannya ditatap. Hatinya cuba menahan rasa saat ini. Oh, air mata. Jangan kau gugur!
"Tapi adik tetap nak denda along." Suaranya diceriakan. Lengan Aisya dipautnya kemas.
"Serius adik dah maafkan along? Tak merajuk? Tak marah along?" Aisya naik pelik. Hai, senang pula proses memujuk adiknya hari ni. Demam ke apa Aina pagi ni?
"Of courselah adik serius. Adik dah 17 tahun kut. Tak vogue langsung merajuk-merajuk ni."
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Sekarang adik nak denda along."
Aisya garu kening.
"Serius ni adik tak merajuk dengan along?" Masih tak percaya, buat sekian kalinya Aisya menyoal. Biasanya Aina tak macam ni. Pantang silap sikit si adik pasti akan merajuk dengan dia. Kadang sampai seminggu tak bercakap. Sebagai kakak, dialah yang banyak mengalah. Mengalah dengan adik manja dia tu.
"Haip! Sekali lagi along tanya adik soalan tu. Adik merajuk betul-betul nanti karang," ugut Aina dengan muka dibuat-buat bengis. Kembang kempis hidungnya. Perlakuan Aina itu melahirkan tawa di bibir Aisya. Dia pantas memeluk tubuh adiknya.
"Sayang adik! Thanks adik sebab tak merajuk dengan along, tak marah along dan maafkan along."
"Untuk along, apa aje adik sanggup buat," bisik Aina perlahan. Air matanya hampir merembes keluar.
Ada sebab kenapa dia mudah memaafkan Aisya. Ada sebab kenapa dia tak jadi merajuk dengan si kakak.
Semuanya kerana satu rahsia yang telah dibongkarkan oleh mamanya semalam.
"MAMA, kenapa dengan along ni? Macam mana dia boleh pengsan?" Pulang dari asrama, Aina dikejutkan dengan kepulangan kakaknya yang tidak sedarkan diri. Aisya dihantar pulang oleh seorang lelaki yang entah siapa Aina pun tak pernah nampak sebelum ni. Seusai menghantar kakaknya pulang, lelaki itu segera meminta diri.
"Along tak sihat, dik. Along sakit." Puan Murni menahan air mata. Wajah tabah dipamerkan untuk si anak.
"Sakit? Sakit apa? Demam ke, ma?" Aina usap kepala kakaknya penuh kasih. Ditekap telapak tangannya pada dahi Aisya. Tak panas pun. Maknanya bukan demam. Habis tu sakit apa?
"Adik... Mama rasa dah sampai masanya adik tahu tentang penyakit yang along tanggung selama ni." Nada suara mamanya yang serius ditambah dengan riak wajah wanita itu yang dipayungi awan kesedihan, membuatkan jantung Aina berdebar semacam. Along sakit apa, Ya Allah...
"Sebenarnya... Along... Along ada masalah jiwa."
Dang! Aina terpegun kaku.
"Masalah jiwa? Apa maksud mama ni? A... Along gi... Gila?"
"Tak! Along tak gila. Dia cuma..." Puan Murni tarik nafas dalam. "Dia akan berubah jadi orang lain bila dia berada dalam keadaan tertekan."
Aina dah melopong. Dahinya berkerut tidak mengerti.
YOU ARE READING
TETAP DALAM JIWA
General FictionTajuk: Tetap Dalam Jiwa Penulis: Farisha Imani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-27-4 Muka Surat : 576 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Bila memang harus berpisah, aku akan tetap setia. Bila memang...