Bab 10

1.3K 27 0
                                    

"Maaflah dah susahkan awak."

Tangan si kakak dicapai lalu dikucup lama. Tidak cukup dengan itu, Aina peluk erat tubuh Aisya sehinggakan Aisya hampir kelemasan.

"Along, adik nak minta maaf atas semua salah silap adik selama ni," ujar Aina sambil masih mendakap tubuh kakaknya. Dahi Aisya berkerut. Aik, tak pernah-pernah minta maaf pun sebelum ni. Biasanya kalau sampai saja di asrama, salam-salam lebih kurang lepas tu terus naik bilik. Aisya bercakap dalam hati.

"Adik tahu adik dah banyak susahkan along dengan perangai adik yang mengada-ada ni. Merajuk dengan alonglah, marah-marah alonglah, buli along. Huhuhu..."

Aisya tersenyum saja.

"Lagi?"

Aina berfikir sejenak. Cuba mengingati salah silapnya pada kakak tercintanya itu.

"Erm... Banyaklah. Macam-macam adik buat. Segan nak sebut satu-satu."

Aisya tergelak. Dia cuba rungkaikan pelukan namun Aina berkeras masih mahu memeluknya.

"Adik sayang sangat dekat along. Sayang sangat-sangat! Along kena sihat. Along kena kuat. Along tak boleh lembik. Along kena jadi sekuat dan sekental Aina Tasneem!" Semakin lama suara Aina semakin kendur. Dia cuba untuk tidak merembeskan air mata.

"Adik... Kenapa ni. Hmmm?" Aisya bertanya dengan risau. Lain macam Aina hari ni. Hatinya mula rasa tidak enak.

"Tak ada apa-apa. Saja nak buat pengakuan." Akhirnya Aina melepaskan tubuh kakaknya. Diukir senyuman nakal di bibirnya.

"Along ni cantiklah. Adik tengok sesuai aje dengan Abang Naim," ucap gadis beruniform sekolah itu dengan tiba-tiba. Dia tersengih.

Aisya senyum segan. Pantas dicubit pipi kanan Aina.

"Dah-dah, jangan nak mulakan. Hal hari tu pun belum kebah lagi rasa segan ni tau."

"Hah? Apa dia, along?" Aina betul-betul tak dengar apa yang Aisya cakap sebab suara Aisya sangat perlahan.

Aisya tergelak cuma. Dia menggeleng.

"Tak ada apa. Eh, dahlah. Pergi naik cepat. Along pun nak balik terus ni. Kesian mama buat kuih sorang-sorang." Aisya menolak-nolak tubuh Aina untuk masuk ke kawasan asrama puteri.

Aina dah mencebik. Dia berdrama sedih.

"Huhuhu... Sampai hati halau adik. Baru nak feeling-feeling dengan kakak sendiri. Sebulan kut adik tak boleh balik rumah. Bulan depan baru boleh tengok wajah ayu along dan wajah berkedut mama."

Hahaha. Mereka sama-sama tergelak.

"Hisy, tak baik tau! Kalau mama dengar, kecil hati dia." Aisya menepuk lembut bahu si adik.

Aina sengih. Rasa sayu cuba diusir jauh-jauh. Sungguh dia sedih untuk berpisah dengan kakaknya. Setelah mengetahui hakikat penyakit yang Aisya hadapi, tak mudah untuk Aina tidak berfikir mengenai keadaan kakaknya itu.

Pada mama dititipkan pesan agar melaporkan perkembangan kesihatan Aisya kepadanya setiap minggu. Biasanya hujung minggu tak pun kalau ada masa, hari-hari Aina akan call mamanya dengan menggunakan telefon awam.

Dan pada si abang doktor, Aina juga menitipkan pesan supaya cepat-cepat merawat kakaknya hingga sembuh. Kalau boleh buat along jatuh cinta terus. Hahaha. Itulah yang Aina sempat sakat Naim sewaktu mereka ingin berpisah di restoran semalam. Kalaulah Abang Naim betul-betul ada jodoh dengan along, confirm Ainalah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Abang Naim pasti dapat merawat dan menjaga along secara total apabila dah ada hubungan halal. All the best, Dr. Naim!

TETAP DALAM JIWAWhere stories live. Discover now