Bab 5

1.7K 27 0
                                    

"Annyonghaseyo! Je i-reum-eun Han Ji Ha im-ni-da. (Hai! Nama saya Han Ji Ha)."

Aisya Farhana menarik nafas lega. Kini barulah dia boleh senyum dengan tenang. Hutangnya kepada Naim sudah terlunas. Ucapan terima kasihnya kepada Naim disambut mesra oleh lelaki yang membahasakan dirinya Abang Naim itu.

"Take care, Cik Aisya Farhana. Moga lepas ni awak tak pengsan lagi. Kalau pengsan juga, call aje Abang Naim. Anytime Abang Naim jadi Superman dan pergi selamatkan awak! Assalamualaikum."

Teringat kata-kata terakhir Naim itu membuatkan bibir Aisya Farhana merekah dengan tawa. Superman? Naim ni kelakar juga orangnya ya.

Adakah ini kriteria yang Aina maksudkan?

Ya memang Aisya Farhana ada senaraikan beberapa kriteria calon suami idamannya pada Aina. Bila tak ada kerja nak buat, memang salah satu topik terhangat yang sentiasa menjadi isu perbualan mereka adalah soal jodoh.

Salah satu ciri-ciri yang Aisya Farhana tetapkan untuk menjadi calon suaminya adalah lelaki itu haruslah seorang yang pandai buat lawak. Maksudnya pandai menceriakan hari-harinya dengan lawak jenaka yang tak keterlaluan. Si suaminya itu nanti tak adalah muka ketat sangat. Entahlah tapi bagi Aisya Farhana, lelaki yang pandai buat lawak ni seorang lelaki yang agak sweet. Kerana lelaki itu akan menceriakan hari-hari isterinya dengan jenakanya. Tak adalah rumah tangga tu nanti tegang sangat.

Kring. Kring. Kring.

Sedang asyik Aisya Farhana mengelamun, telefon bimbitnya berbunyi-bunyi minta diangkat. Pantas dia berdiri mendapatkan telefon yang terdampar di atas meja solek.

Nama si pemanggil yang menelefonnya berjaya membuat jantungnya berdegup laju.

"Naim?"

Mahu tak mahu Aisya Farhana terpaksa juga menjawab panggilan itu. Sebab tadi Abang Naim beria-ia cakap mereka sekarang dah dideclare sebagai kawan. Dan Abang Naim dah siap warning awal-awal. Bila dia call kena angkat walau apa saja yang berlaku.

"Assalamualaikum. Ni Cik Aisya Farhana ke?" Naim bersuara dengan nada agak serius.

Aisya Farhana naik cuak. Aik, tadi bukan main ceria dan sekarang serius macam pegawai polis dari Bukit Aman dah kenapa?

"Waalaikumussalam. Ya, saya. Errr..." Sedang Aisya Farhana masih tercari-cari ayat yang sesuai, Naim membuat pengakuan yang membuatkan Aisya Farhana diserbu kebingungan.

"Saya Naim."

Kening Aisya Farhana berkerut.

"Hah? Ya, saya tahu." Pelik Aisya Farhana dibuatnya. Memang sah-sah lelaki yang menelefonnya ini bernama Naim. Buat apa diperkenalkan lagi? Bukankah mereka sudah berbual tadi?

"Tak. Maksud saya yang jawab panggilan awak tadi tu bukan saya."

"Hah?" Kebingungan semakin merajai fikiran Aisya Farhana. Apa yang Si Naim merepek ni?

"Okey, saya tahu awak tengah bingung sekarang. Macam ni cerita dia. Saya Naim. Yang tengah bercakap dengan awak ni betul-betul Naim yang tolong awak semalam tu."

Aisya Farhana diam lama. Dia menghadam maklumat yang baru diterimanya itu. Okey, dia faham sekarang. Jadi...

"So kalau awak Naim, siapa yang cakap dengan saya tadi? Dia cakap dia Naim."

Ada tawa yang Aisya Farhana dengar dari Naim.

"Itu kawan saya, Bob. Dia sengaja bergurau dengan awak tadi. Saya tengah main futsal tadi. Itu yang dia jawab panggilan tu bagi pihak saya."

"Oh..." Kali ini Aisya Farhana pula yang tergelak. Sedar keterlanjurannya, pantas tawanya dimatikan. Aisya Farhana membetulkan suara.

"Jadi saya dah ucapkan terima kasih pada Naim yang salahlah, ya?"

TETAP DALAM JIWAWhere stories live. Discover now