Chapter 4

344 28 0
                                    




Normal P.O.V


Seminggu berlalu selepas pergaduhan diantara Nari dan Miu. Kini Miu tidak lagi bertegur sapa dengan Nari. Dia kini berkawan dengan Jasmine dan Hiro. Manakala Nari berkawan dengan Lucy,Fubuki,Yumi dan Hikari. Setiap kali waktu rehat Miu hanya akan duduk didalam kelas sambil membaca buku dan tidak lagi ketaman bunga.


"Aku risau lah dengan keadaan Miu..." kata Jasmine pada Hiro. "Hmm... aku pun.... Nari tak patut buat macam tu kat die..." kata Hiro pula. "Mungkin jawatan princess tu memang mengubah dia kot.." kata Jasmine lagi. Hiro hanya diam. Loceng menandakan waktu rehat telah tamat berbunyi. Pelajar kelas F masuk kelas mereka untuk pembelajaran yang seterusnya.

Selepas beberapa saat Cik Rika masuk. "Baiklah murid-murid bulan depan kita akan ade pemilihan untuk ketua pelajar..." kata Cik Rika. Pelajar kelas F hanya diam dan tidak mengambil kesah kerana mereka memang tidak akan menyertainya. "Jadi saya sudah daftarkan nama kelas kamu untuk bertanding!!!!" kata Cik Rika dengan senyuman. Semua pelajar didalam kelas itu terkejut. "APA?!" Jerit mereka semua. Cik Rika memandang mereka semua pelik. "Wait.... cikgu nak kitorang lawan dengan kelas depan yang ramai dan kuat tu?!" kata Aito. Cik Rika hanya mengangguk. Suasana menjadi sunyi buat seketika waktu. "So? kamu tak suka ker?" kata Cik Rika pelik. Semua pelajar tidak mengendahkan Cik Rika dan hanya membuat kerja sendiri.


"Hmm... cikgu ingat nak tunjukkan kat sekolah nie yang sebenarnya kelas F nie kelas yang berguna dan bukannya suatu kelas yang patut diabaikan sahaja..." kata Cik Rika dengan nada seperti mencabar. Miu terkedu. Dia menoleh untuk memandang kearah pelajar yang lain. Kelihatan aura berwarna hitam disekeliling mereka. 'Habis lah...' kata hatinya lalu mengeluh. Cik Rika mengemas barangnya. "Kalau macam tu terpaksalah cikgu cakap dengan pengetua yang kelas nie memang penakut macam apa yang orang lain cakap.." kata Cik Rika lagi. Dia ingin meninggalkan kelas itu apabila pelajar kelas F bangun dari tempat duduk mereka.



"KAMI AKAN BERTANDING!" jerit mereka serentak. Cik Rika tersenyum gembira manakala Miu hanya mengeluh. "Baiklah.... kalau macam tu mari kita bahagikan kumpula" kata Cik Rika lagi.



***********(Time skip)************

Selepas membahagikan kepada dua kumpulan. "Baiklah.. yang akan berlawan ialah Hiro,Nari,Aito,Yoshi,Ichiro,Eiji, kuro dan Miu..... manakala yang selebihnya akan menjadi  helper" kata Cik Rika. "Tapi macam mana kita nak lawan dengan cuma lapan fighter jer?" tanya Yoshi pelik. "Kamu akan lawan secara bergilir.... Prince dan princess wajib berlawan jadi sekurang-kurangnya kamu semua akan okey" kata Cik Rika. Mereka semua mengangguk faham. "Tapi... Cikgu.." Nari tiba-tiba bersuara. Semua orang memandangnya. "Yea Nari? kenapa?" tanya Cik Rika pelik. Nari menundukkan kepalanya. Dia menarik nafas lalu menghembusnya. "Kenapa Miu jadi fighter sedangkan dia tak pernah gunakan kuasa dia?" kata Nari sambil menunjuk kearah Miu.

Semua pelajar kelas F mula berbisik sesama sendiri. "Kita mungkin akan kalah disebabkan dia" kata Nari lagi. Miu hanya diam. Nari ingin mengatakan sesuatu tetapi dihalang oleh Jasmine. "Kenapa kau nak halang dia jadi fighter?? Jangan bangga sangat dengan jawatan princess kau tu" kata Jasmine lalu memegang tangan Miu. "Aku tak akan biarkan kau sakitkan dia lagi!" kata Jasmine lagi. Miu terkejut. "Berani kau..." kata Nari lalu mengangkat tangannya. Dia seperti ingin menampar Jasmine. Tetapi terhenti apabila disekelilingnya terdapat banyak pedang. Nari terkedu.

"Kau bergerak sikit jer nyawa kau akan terbang.." kata Hiro dengan nada yang serious. Pelajar kelas F dan Cik Rika terkedu dengan perbuatan Hiro itu. "Sedar sikit yang kau tu cuma princess yang perlu dengar cakap prince...." kata Hiro lalu menghilangkan pedang-pedang itu. Dia kemudia berjalan mendekati Miu sambil memandang Nari dengan tajam. Nari menjeling Miu lalu pergi meninggalkan kelas itu. Suasana kelas itu menjadi tegang. Cik Rika mula berdehem. "So bila kamu semua nak berlatih?" tanya Cik Rika memecah kesunyian. Mereka semua mencadangkan untuk mula berlatih dari esok dan bermalam disekolah.








********************************************************












Battle Fear Combat High School (BFC High School)Where stories live. Discover now