Miu P.O.V
Aku berjalan-jalan di taman sekolah sebelum pulang ke dorm. Apabila aku tiba Jasmine terus menerpa kearah aku. "Miu!! kau kemana tadi? Ada cedera kat mana-mana tak? or rasa sakit ker?" tanyanya. Aku terkejut dengan semua soalannya. Dia kemudia mengeluh lalu membawa aku masuk. "Kau nie... janganlah merayau sesorang... macam mana kalau kau kene culik" kata Jasmine lagi. Aku hanya diam dan tidak berkata apa-apa. "Kenapa dengan kau nie?" tanyaku.
Jasmine terdiam. "Aku bukan sesiapa pon... buat apa nak culik aku" kataku lagi. Dia memandangku sambil tersenyum. "Maksud kau?" tanyanya. Aku menolaknya jauh dariku. "Kalau kau takut sangat aku cederakan sesiapa jangan dekat dengan aku" kataku lalu pergi meninggalkannya. Aku dapat lihat wajah Jasmine yang sedih sebelum aku meninggalkannya.
*********(Time skipp)*******
Hari ini aku tidak berada di arena perlawanan. Aku hanya memerhatikan perlawanan dari jauh. Perlawanan hari ini adalah perlawanan diantara Prince dan Princess. Aku ingin meninggalkan tempat itu dan pulang ke dorm. Tetapi hasrat aku terbantut apabila Hikari menghubungi aku melalui mindanya. "Miu? kau dekat mana?" Tanyanya. Aku mengeluh. "Asal?" tanyaku kembali. "Hiro risau pasal kau... datang lah sini" kata Hikari lagi. "Tch.... kejap lagi aku sampai" kataku lalu menuju kearah arena perlawanan.
Setibanya aku disitu kelihatan Hiro sedang berlawan dengan Prince dan Princess yang lain. Aku mencari Nari tetapi tiada. Aku berasa pelik lalu memandang sekelilingku. Masih tidak dapat mencarinya. "Ah! Miu.... aku ingat kau kemana lah tadi" kata Jasmine lalu memelukku. Aku hanya diam lalu duduk dikerusi. Jasmine sedar yang aku seperti mencari sesuatu. "Kau cari Nari eh?" katanya. Aku tidak menjawab soalannya. Jasmine mengeluh lalu tunduk.
"Nari hilang dari semalam..." katanya perlahan. Aku terkejut lalu bangun dan mencekak kolar baju Jasmine dengan kuat. "Apa maksud kau?!" marahku. Pelajar kelas F memandang kearahku dan Jasmine pelik. Jasmine tidak menjawab. Dia memegang tanganku yang mencekak kolarnya. "Dia tak pulang ke dorm semalam" katanya Lucy. Aku memandang kearah Lucy. "Yea.... kitorang dah cuba cari dia semalam tapi tak dapat" kata Aito pula. Aku melepaskan kolar baju Jasmine. "Aku pun tak dapat nak hubungi dia melalui telepati" kata Hikari pula. Aku tidak berkata apa-apa dan hanya berjalan pergi tetapi dihalang oleh Jasmine.
"Kau tak boleh tinggalkan tempat nie" katanya seious. Aku mula berasa marah. "Pergi dari sini... aku nak cari Nari!" marahku. "Ini arahan Hiro" katanya lagi Aku tidak dapat berkata apa-apa lalu duduk semula ketempat aku tadi. Keadaan menjadi tenang semula dan mereka yang lain kembali menonton perlawanan tadi. Aku tidak dapat fikirkan apa-apa selain Nari.
'Dia mungkin kene culik sebab dia princess.... tapi siapa yang culik dia?' kataku didalam hati. Beberapa jam telah berlalu. Perlawanan tadi tamat dan Hiro memenangi perlawnan itu. Ramai kelas yang menyertai telah tersingkir kerana Prince atau princess mereka cedera. "Saya akan umumkan keputusan perlawanan hari ini" kata pengacara perlawanan. Pelajar yang lain bersorak. "Dengan mata 110 kelas A!" kata pengacara perlawanan. Pelajar kelas A bersorak gembira begitu juga dengan Pelajar lain.
"Tempat kedua dengan hanya kurang 5 mata... sangat mengejutkan kelas F!" kata Pengacara majlis itu. Kelas aku bersorak gembira. Aku dapat lihat wajah pelajar kelas A dan B seperti tidak berpuas hati. Aku bangun dari tempat duduk ku lalu pergi meninggalakan tempat itu. 'Penculiknya mungkin antara kelas hadapan' kata hatiku. Aku menggenggam tanganku kerana menahan marah. "Aku akan pastikan diorang terima balasnanya." kataku.
********************************************************
YOU ARE READING
Battle Fear Combat High School (BFC High School)
FantasyBFC High School adalah sebuah sekolah elite yang hanya dihadiri Oleh keluarga ternama. Tapi apa yang mereka tidak tahu ialah setiap pelajar disekolah itu mempunyai kuasa and keistimewaan tersendiri. Pada setiap tahun BFC High School akan mengadakan...