Chapter 12

335 26 3
                                    











"Selamat datang ke pertandingan terakhir untuk perlawanan ini..." Kata pengacara perlawanan. Semua pelajar bersorak begitu juga dengan kelas A dan F. "Perlawanan ini akan menentukan pemenang pertandingan" kata pengacara majlis. Arena itu mula menjadi bising dengan sorakan pelajar lain.











Pelajar kelas F berasa bimbang kerana Fighter mereka hanya tinggal Miu kerana yang lain masih belum sembuh dari kecederaan mereka. Miu pula hanya diam. Dia tidak berkata apa-apa semenjak kejadian semalam. Dia juga tidak memandang sesiapa dan hanya menundukkan kepalanya sepanjang masa. Perkara ini membuatkan Jasmine bimbang.









"Dengan itu kami akan memanggil fighter bagi kedua-dua kelas..... Dari kelas A ialah... Tamaki!!" kata Pengacara itu. Pelajar kelas A bersorak gembira kerana fighter mereka yang terkuat terpilih. "Manakala dari kelas F ialah.... Miu!!!!" kata Pengacara itu. Arena perlawanan menjadi sunyi seketika. Mereka semua pelik kerana Miu tidak pernah muncul dalam perlawanan sebelum ini.









"Bukan princess diorang dah tak ada ker?" kata Tamaki pelik. "Betul tu... diorang patutnya tersingkir!" kata Yuri pula. Dia tidak berpuas hati. "Kami tak dapat apa-apa kenyataan diamana princess mereka cedera... jadi mereka masih bertanding" kata Pengacara perlawanan. Yuri berasa sangat marah begitu juga dengan Tamaki.








Miu berjalan kedalam gelanggang arena lalu berdiri dihadapan Tamaki. Dia tidak bercakap mahupun memandang Tamaki. "Oi... budak lembik... apa jadi dekat princess korang?" kata Tamaki lalu ketawa. Miu tidak menjawab mahupun menunjukkan sebarang pergerakan. Tamaki mula menjadi marah lalu mengeluarkan pedangnya.









"Aku akan buat balik apa yang aku buat dekat princess kau" kata Tamaki lalu menyerang. Miu tidak mengelak. Dia hanya berdiri disitu. Pelajar kelas F berasa bimbang. "MIU! SEDARLAH!" jerit Jasmine. Tiba-tiba satu letupan berlaku. Kawasan perlawanan itu dilitupi dengan debu tanah. Tamaki cuba untuk melihat apa yang terjadi.








Debu tanah mula berkurang sikit demi sedikit. Mereka yang lain mula dapat lihat apa yang terjadi. Disitu mereka semua terkejut dengan apa yang berlaku. Miu sedang berdiri dan terdapat sebuah mahkota seperti tiara dikepalanya. Nari yang melihat perlawanan itu tersenyum. "princess sebenar dah muncul" katanya perlahan.







Miu memandang Tamaki. Matanya yang dahulu biru kini bertukar. Sebelah kirinya berwarna merah manakala sebelah kanannya berwarna kuning. Tamaki terkejut dan takut dengan pandangan Miu itu. "Macam mana.." kata Tamaki. Dia mengundur kebelakang. Miu tersenyum sini lalu berjalan kearah Tamaki.










Flashback~

Nari memegang tangan Miu dengan kuat. "Aku kene bagitahu kau sekarang.." kata Nari. Miu memandang Nari pelik. "Aku..... kau.... adalah princess sebenar" kata Nari secara tiba-tiba. Miu terkejut dengan apa yang didengari. "Apa yang kau cakap nie?" kata Miu. Dia menolak tangan Nari.

"Masa hari pemilihan Prince dan Princess tu.... kau yang dah kalahkan raksasa tu.. bukan aku" kata Nari lagi. Miu menutup telinganya. "Kau gunakan kuasa kau untuk selamatkan aku" kata Nari cuba untuk bangun. "Tak... aku tak ada kuasa.." kata Miu. Air matanya mula jatuh. "Aku cuma ada sumpahan nie" katanya lagi.

"Benda yang selama nie kau fikir sumpahan sebenarnya adalah anugerah" kata Nari. Dia duduk dihadapan Miu. "Aku tahu yang selama nie aku bersifat kejam... Tapi aku cuma tak nak kau terasa terbeban dengan tanggungajawab nie..." Kata Nari. Dia memeluk Miu. "Aku minta maaf.." katanya lagi.

Miu memeluk Nari kembali. "Sekarang.... tugas aku dah selesai..." kata Nari lalu melepaskan Pelukannya. Dia memandang tepat diamata Miu. "Sekarang terpulang dekat kau untuk betulakn semua nie.." kata Nari lagi. Miu hanya diam. Dia kemudian mengangguk.

End Flashback~











Miu menyerang Tamaki menggunakan petir yang keluar dari tangan kanannya. Tetapi terhalang dengan pedang Tamaki. "Huh... berapa banyak kuasa yang kau serang... pedang nie akan sedut semuanya.." kata Tamaki bangga. "Kau pasti ker?" tanya Miu lalu menumbuk pedang Tamaki menggunakan tangan kirinya yang berapi.









Pedang Tamaki mula melebur. "Tak mungkin...." kata Tamaki terkejut. Miu tersenyum sinis. "Masa kau dah tamat.." katanya lalu menumbuk Tamaki diperut sehinggakan dia tercampak. Dengan cepat Miu muncul dibelakang Tamaki. Dia kemudian menendang bahagian tulang rusuknya.








Tamaki mengerang kesakitan. Dia tidak dapat bangun. Miu memegang kepala Tamaki. "Kau kene bayar semua kesalahan kau.." kata Miu lalu satu kejutan eletrik terkena pada Tamaki yang mebuatkan dia menjerit kesakitan. Dia kemudian tidak sedarkan diri dan Ini bermaksud. "Kelas F adalah pemenang dalam perlawanan ini!" kata Pengacara perlawanan. Semua pelajar bersorak meraikan pemenang perlawanan itu.














Miu memandang sekelilingnya lalu tersenyum. 'Kalaulah mak dan ayah dapat tengok semua nie...' kata hatinya sebelum terbaring tidak sedarkan diri.
























********************************************************

Battle Fear Combat High School (BFC High School)Where stories live. Discover now