Chapter 11

315 24 5
                                    







Kelas F membuat satu majlis kecil-kecilan untuk meraikan kemenangan Hiro. Mereka semua sangat gembira kerana dapat tempat kedua dalam perlawanan walaupun mereka melawan kelas yang lebih kuat dan ramai. "Tahniah untuk Hiro yang dah naikkan nama kelas kita.." kata Aito. Pelajar yang lain bersorak.








Hiro tidak berkata apa-apa dan hanya memerhatikan Miu. Dia agak risau yang Miu akan pergi mencari Nari seorang diri. Hiro meninggalkan mereka yang lain lalu berjalan kearah Miu. Dia menariK nafas panjang lalu menghembus kannya. Dia cuba untuk bersikap ceria. "Yow... asal kau sesorang nie.." kata Hiro sambil tersenyum.







Miu hanya memerhati kearah luar sahaja. Hiro mengeluh. "Kau kene bersabar... aku akan cuba carik dia" kata Hiro sambil menepuk bahu Miu. "Kau cuba?" tanya Miu. Dia memandang kearah Hiro lalu mencekak kolar bajunya. "Apa yang aku nampak dari tadi kau cuma berseronok dengan kemenangan kau nie jer" perli Miu lalu menolak Hiro.








"Cakap je lah yang korang tak cari dia pun.." kata Miu sambil tunduk. Dia tidak dapat menahan rasa marahnya lagi. Hiro hanya diam. "Penting sangat ker menang dalam perlawanan nie sampai kawan sendiri kau boleh abaikan?" kata Miu lagi lalu pergi meninggalkan Hiro. Jasmine yang tadi melihat terus berlari kearah Hiro.







"Kau okey kan?" tanya Jasmine. Hiro hanya mengangguk. Jasmine mengeluh. "Janganlah amik hati dengan apa yang dia kata.... Dia tak ada mood tu" kata Jasmine sambil menepuk belakang Hiro. "Aku dah biasa dengan perangai dia" kata Hiro pula. Mereka berdua kembali pada pelajar yang lain. 









Miu yang berada diluar hanya memerhati. Dia menggenggam tangannya dengan kuat. 'Korang masih berparty?' kata hatinya. Dia tidak menyangka mereka yang lain tidak memikirkan apa-aoa tentang Nari. Dengan perasaan yang marah dia berjalan meninggalkan tempat itu.









Dia hanya dapat memikirkan tentang keselamatan Nari sahaja. 'Siapa yang culik dia?' kata hatinya. Dia berjalan tanpa arah tuju. Tiba-tiba Miu terdengar satu suara. 'Dekat sini~' Bisik suara itu. Miu menoleh tetapu tiada apa-apa. Dia mula merasakan sesuatu yang tidak kene. 'Dia dekat sini~' kata suara itu lagi. Miu mengerutkan dahinya. Dia pergi kearah bisikan itu.








Disitu dia dapat lihat sebuah pondok lama dimana tukang kebun menyimpan alatan berkebun yang telah rosak. Dia amat pasti bahawa bisikan itu datang dari arah pondok tersebut. Miu cuba untuk membuka pintu pondok itu tetapi tidak berjaya. Dia mula berasa pelik. "Kenapa pondok lama nie berkunci?" katanya.






Dia merasakan ada sesuatu yang tersorok didalam pondok itu. Miu mula memecahkan pintu itu. Apabila pintu itu terbuka dia terkejut dan terkaku. Perasaannya bercampur baur. Didalam pondok itu kelihatan Nari yang terikat diatas kerusi. Diseluruh badannya terdapat banyak luka baru yang masih berdarah.








Dengan cepat Miu berlari kearahnya dan memeriksa nadi. Dia menghembus nafas lega apabila mendapati Nari masih hidup. Dia kemudian memotong tali itu lalu membawa Nari pulang ke dormnya. "Bertahanlah Nari.." katanya. Apabila dia tiba didormnya kelihatan pelajar kelas F telah terbaring lemah diatas tanah.







Miu terkejut. Dia cuba untuk tidak melepaskan Nari. "Apa yang jadi nie?" kata Miu. Dia terlihat yang terdapat beberapa yang terselamat iaitu Hikari,Cik Rika dan Yumi. Dia berlari kearah mereka bertiga sambil membawa Nari. "Korang okey?" kata Miu risau.








Mereka bertiga memandang Miu. "Kau dah jumpa dia!" kata Hikari. Miu hanya mengangguk lalu membaringkan Nari kebawah. Dengam segera Yumi memulihkan Kecederaan Nari itu. Sementara itu Miu memandang kerah Cik Rika. "Apa yang jadi?" tanya Miu pelik.






Cik Rika menundukkan kepalanya. "Budak dari kelas depan buat serangan...." katanya perlahan. Miu terkedu. "Kelas hadapan?" katanya. Cik Rika mengangguk. Miu berasa sangat marah. Dia mengenggam tangannya sehingga menjadi pucat.



"Sudah.." kata Yumi. Dia menghembus nafas lega. Miu terus duduk disebelah Nari dengan harapan yang dia akan sedar. "Dia akan sedar dalam beberapa minit..." kata Yumi. Dia bangun dengan bantuan dari Hikari. Mereka berdua pergi kearah pelajar yang lain yang telah cedera.









Miu memegang tangan Nari. "Aku harap kau okey.." kata Miu lagi. Dia ingin melepaskan tangannya tetapi tiba-tiba tangan Nari mengenggam kembali tangan Miu. "Mi..... u?" kata Nari lalu membuka matanya dengan perlahan. Miu terkejut. Dia terus memeluk Nari dengan gembira.










"Baguslah kau dah sedar..." katanya. Dia memandang wajah Nari yang sedih. "Terima kasih sebab selamatkan aku" kata Nari pula. Air matanya jatuh kepipi. Miu mengeleng. "Itu memang tugas aku untuk melindungi princess" kata Miu. Nari terdiam. Dia memandang Miu. "Aku nak bagi tahu kau sesuatu..." kata Nari. Miu memandangnya pelik. "Apa?" tanya Miu. Nari tersenyum lemah.





















********************************************************

Battle Fear Combat High School (BFC High School)Where stories live. Discover now