Last chapter

406 25 3
                                    

Beberapa Tahun kemudian..

Miu memandang kearah luar tingkap. Dia tersenyum memikirkan perkara lampau. Disebabkan apa yang berlaku pada masa itu matanya masih kekal dengan warna merah dan kuning itu. Perkara ini mungkin kerana dia telah menerima kuasanya seadanya. Apabila mendapat jawatan ketua pelajar Miu tidak mengubah apa-apa peraturan tetapi hanya menambah beberapa peraturan untuk kawan-kawannya bergembira.




Beberapa tahun telah berlalu. Dia juga telah terputus hubungan dengan ramai rakan sekelasnya. Kini dia bekerja sebagai pengetua BFC high School dan perlawanan untuk menjadi ketua pelajar masih diamalkan. Tetapi peraturan perlawanan itu ditukar menjadi perlawanan yang adil. Pintu pejabatnya diketuk. Miu membenarkan orang itu masuk.

Pintu dibuka dan kelihatan Seorang gadis masuk bersama beberapa helai kertas. "Maaf menganggu Tapi nie surat kebenaran untuk buat aktiviti kelab.." kata gadis itu lalu menyerahkan surat itu pada Miu. Tanpa membaca surat itu Miu terus menandatangani. "Hmm... buat je lah apa yang kau suka" kata Miu. Dia tidak kisah dengan aktiviti yang dilakukan.

Gadis itu menunduk. "Terima kasih.." kata Gadis itu lalu keluar. Miu mengeluh. Dia berasa sangat bosan kerana hanya duduk didalam pejabatnya sepanjang hari. Dia meletakkan kepalanya diatas meja. Tiba-tiba dia mendapat mesej dari Hikari melalui mindanya. Dia terkejut lalu mula tersenyum gembira. Dia kemudian pergi meninggalakn pejabatnya dengan tergesa-gesa.


Dia tiba dikelasnya. Miu ternampak satu kain yang tertulis “Selamat Datang”. Dia tersenyum. Ingatan tentang perkara yang berlaku dulu mula bermain difikirannya. Dia memengang dadanya yang berdegup kencang. Dia berasa gugup untuk bertemu kembali sahabat lamanya. Dia menarik nafas panjang lalu menghembus.





Dia kemudiam membuka pintu. Disitu kelihatan semua pelajar kelas F sedang berkumpul sambil tersenyum memandangnya. "Selamat kembali Princess.." kata mereka serentak. Miu tersenyum. Terdapat air mata mengalir dipipinya. "Aku dah balik semua.." katanya perlahan.
















********************************************************


Yea.... itu jer untuk cerita kali nie...

Macam aku cakap ia cuma cerita pendek....

Lagipun aku buat nie sbb teringat masa sekolah dulu..

So yea... another complete story~

sorry sbb pengakhiran yg bosan tp aq buat cite nie masa aq bosan😂😂

So... like always vote and comment

I will see you guys at the next story..

Bubbyee👋👋👋

Battle Fear Combat High School (BFC High School)Where stories live. Discover now