Iqa pov
"Abang Hazim.. Cepatlah.. Malam tadi abang cakap nak teman Iqa shopping kat Bangsar Mall.."aku menggesa Abang Hazim.
"Sabarlah.. Abang nak panaskan enjin kereta ni dulu." Abang Hazim bersuara. Abang angkat kesayangan aku ni tak nampak ke buat-buat tak nampak? Aku dah sediakan motor kot kat depan rumah. Buat apa nak naik kereta?
Aku menggelengkan kepalaku. "Abang tak nampak ke yang ada motor tersedia kat depan tu? Buat apa nak naik kereta?"soalku hairan.
"Alahhh.. Abang tak nak naik motor.. Malas nak bawak."rungut Abang Hazim. Aku tergelak kecil mendengar rungutan Abang Hazim. Comel pulak aku tengok abang angkat aku ni..
"Habis tu, kalau kita naik kereta, abang jugak yang bawak kan?"soalku sarkastik. "Tak lah. Abang ingat kalau naik kereta, abang nak suruh Iqa yang bawak je."jawab Abang Hazim selamba.
"Iqa malas nak bawak kereta. Iqa nak naik motor je. Lagipun cepat sikit boleh sampai. Kalau naik kereta nanti tersekat kat tengah jalan sebab jalan jammed." balasku.
"No. Naik kereta lah. Nanti kalau hujan tak adalah basah."bantah Abang Hazim. "No.... Naik motorlah."aku melawan. Wow... First time lawan cakap Abang Hazim. Kalau dengan Abang Zack tu dah banyak kali dah. Sebenarnya aku memang tinggal dengan abang - abang angkat kesayangan aku ni.
End pov
Abang Hazim pov
Ishhh. Budak kecik sorang ni.. Sejak bila dia pandai melawan aku ni. Ni mesti si Zack yang ajar ni. Siaplah Zack tu nanti.. Berani dia ajar saeng aku ni yang bukan- bukan.
"Iqa, sejak bila adik abang sorang ni pandai lawan cakap abang ni? Iqa tak sayang abang ke?"soalku lirih. Saje nak buat dia serba salah.
"Mana ada. Iqa sayang abang lah. Iqa nak gurau je.. Abang marah Iqa ke?" Soal Iqa. Aku tersenyum. Tektik aku menjadi.
"Tak lah. Abang tak marah pun. Cuma sedih je. Sebab adik abang sorang ni dah pandai lawan cakap abang.. Hmmm."ucapku lirih. Masih ingin meneruskan lakonan.
End pov
Iqa pov
"Alahh.. Yelah.. Kita naik kereta. Jap eh. Iqa nak simpan motor tu dulu."akhirnya aku mengalah. Aku pun memanggil Abang Zack. Abang Zack pun keluar.
"Haih. Tak pergi lagi ke? Cakap nak pergi shopping."soal Abang Zack. Dia ni kembar Abang Hazim. Tapi dia ni adiklah.
"Hehe.. Belum. Abang nak ikut tak? Sebab hari ni tak jadi nak naik motor. Kita orang nak naik kereta. Kalau nak, Iqa bagi 10 minit untuk abang bersiap?"ajakku.
"Nak. Kejap eh. Abang nak tukar baju jap."jawab abang Zack dengan riangnya lalu berlari ke biliknya untuk menukar pakaian.
End pov
Skip
Di Bangsar Mall
Abang Zack pov
Sedang kami berjalan-jalan di shopping kompleks ni, tiba- tiba aku ternampak seseorang yang kami kenali. Yes. Orang itu ialah boyfriend Iqa. Amri.. Tapi kenapa dia ada kat sini? Siapa perempuan kat sebelah dia tu? Siap berpelukan lagi.
Perlukah aku beritahu Iqa? Tapi kalau aku beritahu Iqa, mesti dia sedih. Kalau aku tak beritahu, nanti mesti dia akan terus tertipu. Aku jadi serba salah. Aku pandang ke arah Hazim dan aku tengok dia pun memandangku. Aku tahu dia juga nampak apa yang aku nampak. Kami saling berpandangan. Tidak tahu apa yang perlu kami lakukan.
End pov
Iqa pov
Kenapa dengan abang angkat aku ni? Asyik pandang antara satu sama lain je. Macam geng kunyit lak aku tengok. Hihi.. Tak baiklah Iqa. Dorang ni still normal lagilah. Hmm. Tapi kenapa do ngan dorang ek?
YOU ARE READING
BLACK HIATUS & DARK FIGHTER
ActionIqa: Seorang gadis melayu yang belajar di Korea kini kembali ke Malaysia kerana berpindah ke universiti adiknya untuk menjaga mereka. Dia merupakan seorang gadis yang baik dan pemurah. Ramai lelaki yang meminatinya namun semuanya ditolak oleh Iqa. ...